MH370: Kerajaan Belum Cadang Bentang Kertas Putih

Diterbitkan: Rabu, 18 Jun 2014 7:06 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kerajaan belum bercadang membentangkan kertas putih berhubung insiden kehilangan pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH370 di Parlimen.


Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, kerajaan juga tidak bercadang menubuhkan Suruhanjaya Diraja (RCI) atau menubuhkan Jawatankuasa Khas Parlimen susulan insiden tersebut.

"Keputusan mengenainya akan dibuat setelah pesawat yang hilang ditemui dan siasatan mengenai insiden dijalankan dan punca tragedi dikenalpasti," katanya menerusi jawapan bertulis di Dewan Rakyat pada Isnin.

Beliau menjawab soalan Liew Chin Tong (DAP-Kluang) yang ingin mengetahui sama ada kerajaan membentangkan Kertas Putih di Dewan Rakyat.

Sementara itu, menerusi jawapan bertulis berasingan, Hishammuddin berkata, kerajaan telah mendapatkan maklumat mengenai MH370 daripada 11 negara di Koridor Selatan dan dua buah negara di Koridor Selatan.

Menurut Hishammuddin, berdasarkan maklumat radar, pesawat MH370 tidak memasyki ruang udara di negara-negara terbabit.

Beliau menjawab soalan Teresa Kok (DAP-Seputeh) yang mengajukan soalan sama ada kerajaan akan turut menjalankan operasi mencari dan menyelamat (SAR) di Koridor Utara selepas gagal mendapatkan apa-apa maklumat di Lautan Hindi.

Pada 8 Mac lalu, pesawat Boeing 777-200ER yang membawa 239 penumpang termasuk 12 anak kapal dan 153 warga China hilang daripada imbasan radar kira-kira sejam setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) pada 12.41 tengah malam.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada 24 Mac lalu mengumumkan bahawa Penerbangan MH370 dipercayai berakhir di selatan Lautan Hindi.


iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan