JPJ Tidak Dapat Penuhi Semua Usul Persatuan OKU ILTC

Diterbitkan: Rabu, 18 Jun 2014 10:37 PM

Ismail Ahmad.

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Datuk Seri Ismail Ahmad berkata pihaknya tidak dapat memenuhi sepenuhnya 12 usul di dalam memorandum Badan Latihan dan Hidup Berdikari (ILTC). 

Ini kerana, katanya, ada perkara yang perlu mendapat kelulusan kerajaan untuk dipenuhi manakala sebahagian lagi memang telah dilaksanakan oleh JPJ. 

Justeru itu beliau menyarankan pihak ILTC memanjangkan usul tersebut kepada Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Masyarakat (KPWKM) serta Kementerian Pengangkutan (MOT). 

"Seperti usul berkaitan waris, pengubahsuaian kenderaan, lesen memandu serta pelekat Orang Kelainan Upaya (OKU) perlu dirujuk kepada dua kementerian tersebut," katanya dalam sidang media di sini Rabu.

Namun beliau berkata JPJ hanya sebagai pelaksana kerana dasar dan undang-undang berkaitan diputuskan oleh KPWKM dan MOT. 

Beliau mengulas mengenai memorandum mengandungi 12 usul yang dihantar sekumpulan 40 OKU dari badan itu kepada JPJ Wangsa Maju, Kuala Lumpur pada Selasa.

Tags / Kata Kunci: JPJ , OKU ILTC , 12 usul

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan