Surat Tunjuk Sebab: Umno Pos Ke Alamat Baharu, Tempoh Jawapan Dilanjut

Diterbitkan: Rabu, 18 Jun 2014 12:30 AM

Yammy Samat.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Sehari sebelum tarikh maklumbalas surat tunjuk sebab kepada Yammy Samat tamat, Umno memutuskan untuk melanjutkan tempoh itu sehingga akhir bulan ini.


Keputusan itu dibuat selepas ibu pejabat parti itu mengirim surat kedua ke alamat baharu yang didiami ibu kepada calon DAP, Dyana Sofya Mohd Daud itu.

Setiausaha Badan Perhubungan Umno Perak, Datuk Shaarani Mohamad ketika dihubungi mStar Online, memaklumkan surat terbaharu itu dipos pada Isnin.

"Surat baharu dipos semalam (Isnin) dan oleh itu tempoh untuk beliau (Yammy) menjawabnya dikira 14 hari bermula 16 Jun," katanya.

Shaarani berkata, ibu pejabat memperoleh alamat terbaharu Yammy dan mengepos surat berkenaan pada Isnin.

Sementara itu, Yammy berharap kali ini surat itu selamat sampai ke alamat yang betul iaitu di Kampung Tersusun Tawas Tambahan di Ipoh, Perak.

"Saya masih belum terima surat tu sehingga ke petang ini (Selasa). Bagaimanapun saya sedia menjawab surat tunjuk sebab itu jika tempoh untuk menjawabnya dilanjutkan.

"Itu adil buat saya berbanding kalau hari ini saya dapat surat dan hari ini juga saya kena jawab," katanya.

Kata Yammy lagi, lebih mudah jika surat itu dihantar ke Umno Bahagian Ipoh Barat kerana abangnya, Idris Samat adalah Ketua Cawangan (Kampung Tawas Tambahan).

"Tentu sekali abang saya sendiri boleh tolong serahkan surat itu kepada saya," katanya.


Sebelum ini, isu surat tunjuk sebab terhadap Yammy timbul apabila beliau tidak menerima dokumen itu selepas didakwa membantu kempen calon parti pembangkang.

Bagaimanapun, pemeriksaan mStar Online mendapati Yammy tidak menerimanya kerana Umno  menghantar surat itu ke alamat rumah yang tidak didiaminya sejak 10 tahun lalu.

Alamat rumah berkenaan diperoleh menerusi data dalam rekod keahlian parti itu.


Tags / Kata Kunci: Yammy Samat , Umno

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan