Bukit Aman Tubuh Pasukan Khas Kesan Polis Rasuah

Diterbitkan: Selasa, 17 Jun 2014 9:24 PM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pasukan bertindak anti-rasuah dianggotai petugas khas yang menyamar untuk mengesan pegawai polis yang terlibat dengan rasuah akan ditubuhkan dalam masa terdekat.


Pengarah Jabatan Pencegahan dan Pembanterasan Jenayah Bukit Aman, Datuk Ayub Yaakob berkata, pasukan itu akan ditubuhkan di setiap negeri dan daerah dengan ketua polis daerah masing-masing mempunyai kuasa untuk bertindak terhadap integriti pegawai mereka.

"Langkah ini selaras matlamat untuk meningkatkan integriti pasukan polis. Kami tidak akan berkompromi dengan sikap buruk seperti itu. Tindakan tegas akan diambil," katanya ketika dihubungi pada Selasa.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Timbalan Ketua Urusetia Ketua Polis Negara, Integriti (Tatatertib), Datuk Hashim Abdul Jalil bahawa sistem pematuhan standard jabatan dan integriti akan ditubuhkan untuk membersihkan imej polis.

"Polis berpakaian preman akan menguji pegawai yang bertugas dengan berpura-pura menawarkan rasuah kepada mereka," katanya kepada pemberita mengenai garis panduan seminar anti-rasuah di Shah Alam.

Sebelum ini dilaporkan bahawa polis akan bekerjasama dengan Bank Negara untuk melihat sama ada anggota polis atau ahli keluarga mereka mempunyai 'hutang tertunggak.

Ayub berkata, polis telah melancarkan perang terhadap rasuah insiden berkenaan cukup memalukan dan mencemarkan nama baik anggota polis.

"Mana-mana kakitangan atau pegawai yang mengambilnya akan dikenakan tindakan. Aset dan akaun kakitangan yang berkaitan juga akan dipantau," katanya.

Ayub turut mengalu-alukan maklumat daripada mana-mana pegawai yang telah menerima dan meminta rasuah. 


Tags / Kata Kunci: rasuah , polis

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan