PDRM, ATM Diminta Pantau Anggota Elak Jadi Tali Barut

Diterbitkan: Selasa, 17 Jun 2014 2:34 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kementerian Dalam Negeri meminta Polis Diraja Malaysia dan Angkatan Tentera Malaysia dengan bantuan agensi-agensi perisikan peringkat antarabangsa memantau anggota masing-masing bagi mengelak wujudnya tali barut.

Menterinya Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata ini kerana 'orang dalam' yang menjadi tali barut dikhuatiri menyalurkan maklumat risikan bagi aktiviti militan.

"Contoh kes terbaharu penangkapan seorang pegawai Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di Sandakan, Sabah yang disyaki terbabit dalam kegiatan militan.

"Ketika insiden pencerobohan di Lahad Datu, Sabah seorang anggota polis Cawangan Khas ditangkap kerana dipercayai memberi maklumat dalaman," katanya selepas program Ruang Bicara Bernama TV bertajuk 'Cabaran Keselamatan Negara' di Wisma Bernama di sini, malam Isnin.

Ahmad Zahid berkata pemantauan dan risikan dalam kalangan anggota pasukan keselamatan bertujuan mengelakkan kemungkinan adanya 'musuh dalam selimut'.

Mengulas mengenai kadar jenayah terancang, beliau berkata terdapat penurunan antara 10 hingga 12.3 peratus, malah tahap keyakinan masyarakat terhadap polis juga meningkat kepada 19 peratus berdasarkan kajian syarikat perunding global Frost & Sullivan.

"Bagaimanapun pasukan keselamatan masih menghadapi kekangan dari segi anggota dan aset. Contohnya, di negara maju seorang anggota polis menjaga kira-kira 350 individu tetapi di negara ini secara puratanya seorang anggota polis menjaga kira-kira 3,600 orang penduduk," katanya.

Bagaimanapun, beliau berkata tugas membanteras jenayah dapat dilaksanakan jika masyarakat bekerjasama dan menganggotai badan-badan sukarela seperti Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (Rela), program kepolisan masyarakat, Askar Wataniah dan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM).


Tags / Kata Kunci: ATM , PDRM

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Kolumnis

iklan

Iklan