Hapus Kuasa Eksekutif Mais - PAS

Diterbitkan: Selasa, 17 Jun 2014 5:41 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: PAS menggesa Kerajaan Selangor menghapuskan kuasa eksekutif Majlis Agama Islam Selangor (Mais) yang selama ini berperanan menjaga hal ehwal Islam di negeri itu.


Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad mencadangkan kerajaan negeri pimpinan Pakatan Rakyat supaya melakukan pindaan terhadap enakmen yang memberi kuasa eksekutif kepada Mais.

"Kami Ahli Parlimen PAS harapkan kerajaan Selangor kaji balik persoalan peranan dan kuasa yang ada pada Mais dan kembali kepada dasar kerajaan atau raja berpelembagaan," katanya pada sidang media di bangunan Parlimen di sini, Selasa.

Tambah Khalid, kuasa eksekutif yang diberikan kepada Mais sebagai badan yang berperanan sebagai penasihat hal ehwal Islam dan adat Melayu boleh mencemarkan institusi raja di Selangor.

"Harap tidak beri kuasa eksekutif kepada institusi raja kerana ia mungkin boleh cemarkan institusi itu sendiri.

"Kaji semula fungsi eksekutif supaya Mais tidak akan celarukan pentadbiran Selangor atau rosakkan imej kesultanan Selangor," katanya.

Mais ditubuhkan di bawah Seksyen 5, Enakmen Pentadbiran Undang-undang Islam 1952 bertujuan menasihatkan Sultan Selangor dalam hal ehwal Islam dan adat Melayu.

Gesaan mengkaji semula bagi menarik balik kuasa Mais dilihat sebagai tekanan kepada badan itu berikutan keengganannya memulangkan semula 300 naskhah bible dalam bahasa Malaysia yang dirampas pada Januari lalu.

Mengulas lanjut Khalid berkata, keputusan Mais itu jelas mencemarkan imej Islam dalam kalangan masyarakat.

"Ia menunjukkan seolah-olah kita tidak menghormati kitab suci agama lain. Ternyata ia tidak ada kaitan bagi penyebaran agama Kristian kepada orang Islam.

Khamis lepas, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dalam kenyataannya mengarahkan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) yang berada di bawah Mais memulangkan semua bible yang dirampas kepada Persatuan Bible Malaysia (BSM).

Arahan itu dibuat berikutan Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail memaklumkan tidak ada sebarang pendakwaan akan dibuat berhubung kes rampasan Bible dan kes itu ditutup.

Abdul Gani berkata, naskhah Bible yang dirampas itu adalah himpunan buku Taurat, Zabur dan Injil yang merupakan buku asas penganut agama Kristian.


Tags / Kata Kunci: PAS , Selangor , Mais , Bible

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan