Tipu Umrah: 3,611 Mangsa, Rugi RM14.1 Juta

Diterbitkan: Selasa, 17 Jun 2014 3:44 PM

Lebih 3,000 jemaah umrah menjadi mangsa kegiatan penipuan pakej umrah.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan merekodkan sebanyak sembilan kes penipuan umrah membabitkan sembilan syarikat pengendali pelancongan dan agensi pengembaraan berlesen sehingga Mei tahun ini.


Menterinya, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata, kesemua kes penipuan berkenaan melibatkan 3,611 mangsa dengan anggaran kerugian sebanyak RM14.1 juta.

"Kesemua sembilan syarikat ini telah dibatalkan lesen operasinya, malah ada antaranya sudah didakwa dan dibicarakan di mahkamah," katanya pada persidangan Dewan Rakyat pada Selasa.

Beliau berkata demikian bagi menjawab pertanyaan Zairil Khir Johari (DAP-Bukit Bendera) yang ingin mengetahui mengenai tindakan kerajaan terhadap ejen perlancongan yang tidak berhemah bagi mengelak kes penipuan umrah terus berlaku.

Mengulas lanjut Mohamed Nazri menasihatkan rakyat supaya menyemak senarai syarikat yang berdaftar dengan kementerian itu sebelum membeli mana-mana pakej umrah.

Jelas beliau, hanya 38 syarikat berdaftar diberikan lesen untuk berurusan dengan kerajaan Arab Saudi bagi menguruskan prosedur mendapatkan visa umrah.

"Kalau nama syarikat yang menawarkan pakej umrah itu tidak ada...jangan beli dari mereka.

"Biasanya harga untuk pakej umrah dalam lingkungan RM4,500. Tapi kalau ada tawaran pakej bernilai RM3,000...itu tipulah. Pakej semurah itu tak cukup nak tampung kos umrah," katanya.

Selain itu, tambah Mohamed Nazri, mangsa penipuan pakej umrah boleh membuat tuntutan ganti rugi kepada Tribunal Tuntutan Pengguna di bawah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan.


iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan