PPPR Cadang Tubuh Panel Siasat Kenaikkan Kos KLIA2

Diterbitkan: Selasa, 17 Jun 2014 12:09 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Panel Perundingan dan Pencegahan Rasuah (PPPR) mencadangkan penubuhan sebuah panel penyiasat bagi mencari punca peningkatan kos dan kelewatan pembinaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (Klia2).

Pengerusi PPPR Tan Sri Johan Jaaffar berkata panel penyiasat ini harus menjawab persoalan mengenai pengurusan kewangan dan kos selain mengenal pasti kecuaian sekiranya ada.

"PPPR, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memandang serius pelbagai laporan mengenai tambahan kos yang luar biasa dan kelewatan dalam pembinaan Klia2," katanya dalam kenyataan di sini pada Selasa.

Johan berkata walaupun PPPR berpuas hati bahawa Klia2 sudah boleh digunakan sepenuhnya, tetapi terdapat laporan mengenai mutu kerja yang tidak memuaskan.

Katanya, laporan kelewatan serta peningkatan kos yang tinggi itu mengundang pelbagai spekulasi media dan menjejaskan nama baik kerajaan.

"Panel penyiasat itu perlu mengkaji variasi reka bentuk dan variasi kos serta tatacara pengawasan kerja-kerja pembinaan yang menjadi penyebab kelewatan dan peningkatan kos terminal di Klia2," katanya.

Selain itu katanya, PPPR juga memandang berat mengenai kos pembinaan Klia2 yang khabarnya meningkat dua kali ganda daripada kos asal.

"Hasil siasatan ini perlu disebarkan kepada masyarakat umum," katanya.

Menurut beliau, panel berkenaan mencerminkan keprihatinan rakyat terhadap isu penambahan kos dan kelewatan yang berlaku serta mutu kerja yang dihasilkan.

Klia2, yang dibina bagi menampung perkembangan pesat penerbangan kos tambang murah pada mulanya dijangka melibatkan kos RM2 bilion dan siap pada April 2012, namun ia menelan kos RM3.6 bilion dan beroperasi secara rasmi pada 2 Mei lalu.


Tags / Kata Kunci: PPPR , KLIA2

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan