'Jangan Ganggu Keluarga Saya, Saya Akan Ikut Anda'

Diterbitkan: Selasa, 17 Jun 2014 9:08 AM

Sangkar ikan di Kampung Air Sapang Kunak, lokasi Chandiculik sekumpulan lelaki bersenjata tengah malam Ahad lepas. Ini merupakan kes penculikan ketiga di kawasan pantai timur Sabah tahun ini.- fotoBERNAMA

(Ubah saiz teks)

LAHAD DATU: Kata-kata terakhir pemilik sangkar ikan, Chan Sai Chuin yang diculik oleh empat lelaki bersenjata warga Filipina akan sentiasa terpahat di ingatan isterinya.

Chin Pek Nyen, 42, berkata, dia terdengar suaminya memberitahu penculik tersebut dalam Bahasa Melayu: 'Jangan ganggu mereka (keluarga saya), saya akan ikut anda'.

Semasa insiden itu, Chin berkata mereka sedang tidur di pusat ternakan ikan yang terletak di Kampung Sapang, Kunak dan tiba-tiba terbangun apabila terdengar bunyi bising di luar bilik selain salakan anjing peliharaan mereka.

Chin Pek Nyen.


"Suami saya keluar dan meninjau keluar bilik.

"Kemudian saya lihat ada dua lelaki mengacukan senjata ke arahnya. Saya cepat-cepat masuk ke dalam bilik," katanya.

Pasangan tersebut berasal dari Ipoh dan membuka pusat ternakan ikan dalam sangkar sejak April lalu.

Chin berkata, dia tidak dapat mendengar dengan jelas apa yang dikatakan lelaki bersenjata itu.

"Mereka semestinya faham Bahasa Malaysia, jadi mereka tidak datang kepada saya selepas suami saya merayu kepada mereka," katanya kepada pemberita di sini.

Walaupun suspek mengetuk bilik tidurnya beberapa kali, Chin tidak mempedulikannya.

"Saya enggan membuka pintu. Anak perempuan saya yang berusia dua tahun sedang tidur di dalam bilik itu.

"Saya hanya keluar 15 minit selepas bot tersebut meninggalkan pusat ternakan ini," katanya.

Chin turut menghubungi rakan kongsi suaminya, Khoo Mun Huah yang berada di pekan Kunak, memberitahu suaminya telah diculik.

Khoo, 57, turut dimaklumkan bahawa salah seorang pekerja mereka turut dilarikan.

"Namun, dia (pekerja) kembali semula ke pusat ternakan ini kira-kira pukul 9 pagi.

"Dia mendakwa dapat melarikan diri dan berenang ke darat," kata Khoo.

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan