441 Ogranisasi Tandatangani Ikrar Integriti Bersama SPRM - Berita Semasa | mStar

441 Ogranisasi Tandatangani Ikrar Integriti Bersama SPRM

Diterbitkan: Selasa, 17 Jun 2014 2:42 PM

Mustafar Ali.

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Sebanyak 441 organisasi termasuk syarikat berkaitan kerajaan, badan bukan kerajaan, agensi kerajaan serta tiga kementerian menandatangani Ikrar Integriti Korporat (CIP) dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sejak April 2010. 

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan) SPRM Datuk Mustafar Ali berkata tiga buah kementerian tersebut ialah Kementerian Belia dan Sukan, Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah serta Kementerian Sumber Manusia (KSM).

"Sambutan daripada agensi serta kementerian amat menggalakkan dan memuaskan, selepas menandatangani CIP kita akan memantau pelaksanaan setiap agensi," katanya di sini Selasa.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas menandatangani CIP bersama KSM yang diwakili Ketua Setiausahanya, Datuk Saripuddin Kasim sambil disaksikan Menterinya, Datuk Seri Richard Riot Jaem serta Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Abu Kassim Mohamed.

CIP merupakan suatu komitmen bagi mendukung prinsip pencegahan rasuah oleh syarikat korporat di Malaysia. Sesebuah syarikat yang menandatangani CIP ini akan berikrar bahawa syarikat mereka tidak akan terlibat dalam sebarang jenayah rasuah.

Sementara itu, Riot berkata kementeriannya sememangnya sudah mempunyai sebuah unit integriti dalaman yang terdiri daripada beberapa pegawai kementerian untuk memantau salah laku kakitangannya.

"Menyedari hakikat bahawa peperangan terhadap gejala rasuah merupakan sesuatu yang sukar, ingin saya nyatakan bahawa kementerian akan memberi komitmen sepenuhnya terhadap pembudayaan integriti," katanya.

Beliau juga menyeru agar semua kontraktor atau pembekal yang berurusan dengan kementerian supaya menjalankan urus niaga secara berintegriti dalam memberikan perkhidmatan atau perbekalan yang berkualiti.

Tags / Kata Kunci: SPRM , ikrar integriti , Mustafar Ali
   

iklan

Video

Khamis, 12 Julai 2018 1:05 PM

Lempang pelajar ikut suka hati

Selasa, 10 Julai 2018 6:39 PM

Nak 'gugur jantung' tengok pakcik ini memandu

Selasa, 10 Julai 2018 3:06 PM

Pengasuh pijak, hempas anak jagaan

Isnin, 9 Julai 2018 5:30 PM

Ragam si meow & bola!

Jumaat, 6 Julai 2018 5:39 PM

Tak sanggup tengok mayat mangsa kemalangan

Jumaat, 6 Julai 2018 12:48 PM

Durian buah untuk orang kaya?

Khamis, 5 Julai 2018 7:02 PM

Ngeri! Nampak kaki dalam beg baju

Kolumnis

iklan

Iklan