Audit Pematuhan Keselamatan SPAD Tidak Menyeluruh

Diterbitkan: Isnin, 16 Jun 2014 9:00 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) tidak menjalankan pengauditan pematuhan keselamatan secara menyeluruh terhadap pengangkutan awam darat dan kenderaan perdagangan pada 2011 dan 2012.


Menurut Laporan Ketua Audit Negara 2013, Siri 2, pada Isnin, SPAD hanya menumpukan pemeriksaan keselamatan terhadap syarikat bas ekspres dan tidak menjalankan pengauditan pematuhan keselamatan terhadap semua jenis pengangkutan awam darat yang lain.

Selain itu, laporan tersebut mendapati pada tahun 2011 sebanyak 43 syarikat pengangkutan awam telah diaudit oleh SPAD berbanding sasaran sebanyak 44 syarikat manakala sebanyak 169 syarikat telah diaudit melebihi sasaran sebanyak 156 syarikat pada 2012.

Justeru, pihak audit mengesyorkan SPAD mendapatkan kerjasama Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) supaya aktiviti penguatkuasaan dapat dijalankan secara menyeluruh.

Selain itu, semakan audit terhadap kes tangkapan SPAD dari tahun 2011 sehingga Oktober 2013 mendapati sebanyak 57.5 peratus kes atau 103 daripada 179 kes lewat diselesaikan iaitu melebihi 60 hari.

Daripada jumlah tersebut, sebanyak 58 kes lewat antara 61 hingga 240 hari, 30 kes (241-420 hari), manakala 15 kes lewat 421 hingga 600 hari.

Untuk itu, pihak audit mengesyorkan SPAD menetapkan tempoh penyelesaian kes di peringkat Bahagian Penguatkuasaan dalam Manual Prosedur Kerja.

Di samping itu, mekanisme pemantauan yang berkesan perlu diwujudkan termasuk perbincangan mengenai status tempoh penyelesaian kes dalam Mesyuarat Pengurusan bagi memastikan kes diselesaikan dalam tempoh yang ditetapkan. 

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Kolumnis

iklan

Iklan