Laporan Audit: 3 SBP Operasi Tanpa CCC

Diterbitkan: Isnin, 16 Jun 2014 10:41 PM

Sekolah Menengah Sains Banting.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Sebanyak tiga sekolah berasrama penuh di Selangor, Pahang dan Johor tidak memperoleh Sijil Penyiapan dan pematuhan (CCC) daripada Kementerian Pendidikan, walaupun beroperasi sepenuhnya sejak awal tahun lalu.

Laporan Ketua Audit Negara 2013 menyebut, sekolah berkenaan yang membabitkan kos antara RM38.48 juta hingga RM76.25 juta setiap satu itu juga didapati dibina dengan hasil kerja tidak berkualiti.

"Kerja mekanikal dan elektrikal tidak disiapkan sepenuhnya, selain kerosakan yang tidak dibaiki semula.

"Kemudahan seperti makmal komputer, kuarters, lapangan sukan dan peralatan komunikasi juga tidak digunakan secara optimum, manakala sistem amaran kebakaran pula tidak berfungsi," kata laporan siri 2 itu.

Sekolah terbabit adalah Sekolah Menengah Sains Banting, Sekolah Menengah Agama Persekutuan Bentong and Sekolah Menengah Sains Batu Pahat.

Projek berkenaan juga didapat tertangguh antara 90 hingga 909 hari, menyebabkan sekolah berkenaan tidak dapat menempatkan  pelajar mengikut perancangan.

Sekolah berkenaan adalah antara 15 sekolah berasrama yang dibina di seluruh negara sejak 2005, sebagai tambahan kepada 54 sekolah berasrama sedia ada ketika itu.

Ketika lawatan pihak Audit, ketiga-tiga sekolah itu sudah beroperasi sepenuhnya dan menempatkan 1,845 pelajar.

Dalam jawapan balas, kementerian berkenaan memaklumkan, pemberian CCC kepada sekolah terbabit lewat dikemukakan kerana arkitek tidak melengkapkan borang untuk mendapatkan kelulusan daripada agensi berkaitan.

Tags / Kata Kunci: sekolah berasrama , CCC

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan