Laporan Audit: Hanya 36.6% Projek Bekalan Air Luar Bandar Siap

Diterbitkan: Isnin, 16 Jun 2014 8:51 PM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Sebanyak RM2.48 bilion diperuntukan untuk 314 projek bekalan air di Sarawak dan hanya 115 (36.6%) projek itu siap dengan kos RM1.43 bilion, lebih separuh daripada peruntukan, menurut siri kedua Laporan Ketua Audit Negara 2013.

Projek di bawah Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah itu dilaksanakan oleh Jabatan Kerja Raya negeri bagi menyediakan air bersih dan dirawat kepada masyarakat luar bandar.

Daripada 314 projek, sebanyak 69 projek yang terlibat dalam pembinaan pelan rawatan air atau menghubungkan saluran paip air utama, bernilai RM1.71 bilion.

Hanya 13 daripada 69 projek dipilih untuk diaudit.

Sembilan daripada 13 projek itu telah siap manakala selebihnya masih di dalam pembinaan. Walaupun kerja-kerja pembinaan dikatakan memuaskan, tetapi terdapat beberapa kelemahan yang dikenal pasti.

Antaranya adalah kajian awal yang tidak cukup komprehesif membabitkan empat daripada 11 perunding.

Kualiti pembinaan juga tidak memuaskan apabila kebocoran tangki air dikesan.

Sebanyak empat projek yang diaudit gagal untuk disiapkan selepas diberikan beberapa kali penundaan dan hanya dua yang siap mengikut waktu yang ditetapkan.

Baki projek yang lain iaitu 53% disiapkan selepas diberikan penundaan.

Bagaimanapun, kos projek yang diaudit adalah lebih rendah daripada jumlah peruntukan dengan RM388.03 juta yang dibelanjakan berbanding RM463.4 juta.

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan