Laporan Audit: Pengeluaran Padi Dan Beras Kada Tidak Capai Sasaran

Diterbitkan: Isnin, 16 Jun 2014 10:57 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Prestasi pengeluaran padi dan beras oleh Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (Kada) kurang memuaskan serta tidak mencapai sasaran walaupun menerima peruntukan sebanyak RM235.95 juta.

Menurut Laporan Ketua Audit Negara 2013 Siri 2, pengeluaran padi pada tahun 2013 hanya pada kadar 159,763 tan metrik atau 63.5 peratus, jauh lebih rendah daripada sasaran 251,750 tan metrik yang ditetapkan.

"Pengauditan yang dijalankan antara bulan November hingga Disember 2013 mendapati secara keseluruhannya, pengurusan tanaman padi di Kada adalah kurang memuaskan, malah KADA juga tidak mencapai sasaran intensiti tanaman padi.

Menurut laporan yang dibentangkan di Dewan Rakyat pada Isnin, penurunan pengeluaran padi dan beras juga disebabkan penurunan keluasan penanaman padi pada tahun 2013 iaitu sebanyak 15.7 peratus berbanding tahun sebelumnya.

Selain itu, masalah stesen pam utama dalam kawasan Kada yang tidak dapat membekalkan air ke sawah padi berikutan paras air Sungai Kelantan yang tidak mencapai paras minimum bagi stesen itu untuk beroperasi.

Ini mengakibatkan pesawah tidak dapat melaksanakan penanaman secara serentak.

Bagi mengatasi masalah itu, Kada sedang menyiapkan pembinaan empangan rendah (Low Wier) di Stesen Pam Kemubu yang dijangka siap sebelum musim 1/2014 dan pembinaan Low Wier di Stesen Pam Kasar yang dijangka siap tahun hadapan.

Bagi memastikan masalah itu tidak berulang, pihak Audit mengesyorkan Kada supaya memantau kerja kontraktor bagi memastikan projek pembinaan empangan rendah di Kemubu dapat disiapkan dengan segera supaya masalah pengairan di kawasan itu dapat diatasi.

Selain itu, Kada juga perlu meningkatkan pemantauan terhadap pengurusan tanaman padi bagi memastikan kelemahan pelaksanaan projek dapat dikenal pasti di peringkat awal dan tindakan penyelesaian dapat diambil.

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Kolumnis

iklan

Iklan