Dua Lelaki Diculik Di Kampung Sapang Semporna

Diterbitkan: Isnin, 16 Jun 2014 11:14 AM

Gambar hiasan

(Ubah saiz teks)

SEMPORNA: Dua lelaki, seorang penjaga pusat ternakan ikan dalam sangkar dan seorang suku kaum Suluk dilarikan oleh dua lelaki bersenjata di Kampung Sapang, barat Pulau Timbun Mata, di sini tengah malam Ahad.

Menurut laporan awal, penjaga pusat ternakan itu dipercayai bernama Chan Sai Chiun, 32, berasal dari Perak dan lelaki Suluk itu yang hanya dikenali sebagai Mazlan berumur sekitar 20-an.

Mereka dikatakan diculik kira-kira pukul 12.40 tengah malam tadi di pusat ternakan ikan milik syarikat Davel Bay di sini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, ACP Omar Mamah mengesahkan kejadian itu ketika dihubungi Bernama.
Ini merupakan kes penculikan ketiga di kawasan pantai timur Sabah tahun ini.

Pada 6 Mei lepas, lima lelaki bersenjata menculik seorang pengurus syarikat ternakan ikan dalam sangkar warga China di Pulau Baik di Lahad Datu, sebulan selepas seorang pelancong wanita warga China diculik di sebuah resort di Semporna.
Tags / Kata Kunci: Semporna , culik

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan