Pengunjung Positif Perkhidmatan Di Klia2 - Berita Semasa | mStar

Pengunjung Positif Perkhidmatan Di Klia2

Diterbitkan: Isnin, 16 Jun 2014 2:15 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Tinjauan Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) mendapati pengguna berpuas hati dengan perkhidmatan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2).

Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Ab Aziz Kaprawi berkata MAHB selaku pengendali lapangan terbang di negara ini sentiasa melakukan tinjauan untuk menambah baik perkhidmatan mereka.

"MAHB sentiasa menjalankan tinjauan Airport Service Quality (ASQ) di semua lapangan terbang negara termasuk klia2. Setakat ini, hasil tinjauan amat menggalakkan dan positif," katanya.

Beliau menjawab soalan Datuk Seri Tiong King Sing (BN-Bintulu) yang ingin tahu jika kementerian membuat sebarang kajian sejak klia2 mula beroperasi 2 Mei lepas.

Menjawab soalan lain berkaitan Sistem Pemprosesan Penumpang Guna Sama (CUPPS) SITA yang merangkumi sistem daftar masuk di klia2, Ab Aziz yang juga Anggota Parlimen Sri Gading berkata sistem itu terpaksa diwajibkan ke atas semua syarikat penerbangan bagi memastikan kelancaran operasi di klia2.

"Sistem ini mengintegrasi kesemua sistem-sistem penerbangan seperti pintu. bagasi dan Sistem Paparan Maklumat Penerbangan (FIDS).

"SITA dapat memastikan kesesakan di terminal yang berpunca daripada masalah teknikal di kaunter daftar masuk dapat dielakkan," kata Ab Aziz.

SITA adalah penyedia utama dunia bagi penyelesaian perniagaan teknologi maklumat (IT) bersepadu.

Selain itu, beliau berkata kementerian akan mempertimbangkan kemungkinan mengintegrasi sistem daftar masuk setiap syarikat penerbangan sebagai sebahagian sistem CUPPS sedia ada, dalam tempoh satu tahun.


Tags / Kata Kunci: KLIA2
   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan