Laporan Audit: RTM Beli Program RM100 Juta Tanpa Kontrak Formal

Diterbitkan: Isnin, 16 Jun 2014 5:35 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKM) meluluskan perolehan secara rundingan terus berjumlah RM111.83 juta, melebihi RM21.79 juta daripada peruntukan yang diluluskan Kementerian Kewangan bagi tempoh 2011 hingga 2013.

Menurut Laporan Ketua Audit Negara Siri-2, Jabatan Penyiaran yang dahulunya dikenali sebagai Radio Televisyen Malaysia (RTM) meluluskan peruntukan berkenaan bagi perolehan 426 program untuk saluran TV Interaktif (TVi).

Namun, 413 program daripadanya yang bernilai melebihi RM50,000 setiap satu tidak mempunyai kontrak formal.

"Ketiadaan kontrak formal antara KKM dengan pembekal program boleh menimbulkan perselisihan antara kedua-dua pihak.

"Penggunaan Surat Setuju Terima (SST) bagi menggantikan kontrak formal tidak menyatakan klausa yang menjaga kepentingan negara," kata Ketua Audit Negara, Tan Sri Ambrin Buang pada Isnin.

Selain itu, Ambrin turut menegur tindakan KKM melaksanakan usaha sama dengan pihak Astro selama tiga tahun tanpa sebarang kontrak formal iaitu antara 2012 hingga 2014.

Laporan Ketua Audit Negara mendedahkan wujud perbincangan antara KKM dan RTM dengan Astro pada Jun 2012 dan semua pihak bersetuju kos sewaan platform siaran TVi di saluran 180 secara 24 jam tidak perlu dibayar mulai tahun berkenaan.

"Persetujuan tanpa kontrak formal ini boleh menjejaskan kepentingan kerajaan jika berlaku sebarang perselisihan di masa hadapan," katanya.

Tags / Kata Kunci: RTM , TVi , Laporan Ketua Audit Negara

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan