Umno Pertikai Adun DAP Lewat Mohon Maaf

Diterbitkan: Ahad, 15 Jun 2014 11:24 PM

R.S.N Rayer

(Ubah saiz teks)

BUKIT MERTAJAM: Umno Pulau Pinang mempertikaikan mengapa Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Seri Delima, R.S.N Rayer perlu mengambil masa lebih lama sehingga persidangan DUN yang berikutnya untuk memohon maaf sedangkan boleh berbuat demikian lebih awal.

Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri, Datuk Zainal Abidin Osman berkata jika Rayer jujur dan ikhlas serta kesal dengan kebiadabannya mengeluarkan kata-kata kesat terhadap Umno dalam persidangan DUN lepas, beliau boleh memohon maaf sekarang.

"Mengapa Rayer perlu menunggu sehingga enam bulan (sesi sidang DUN yang akan datang) untuk memohon maaf? Sekiranya beliau seorang yang jujur dan ikhlas, permohonan maaf itu boleh dibuat pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja.

"Saya juga hendak tegaskan Umno Pulau Pinang tidak pernah memaafkan Rayer seperti dilaporkan sebuah akhbar baru-baru ini, cuma kita bersedia memaafkan Adun itu sekiranya beliau benar-benar jujur dan ikhlas serta kesal atas kebiadabannya," katanya.

Beliau bercakap kepada pemberita selepas Mesyuarat Badan Perhubungan Umno negeri di Wisma Transformasi Umno Permatang Pauh, di sini Ahad.

Zainal Abidin mengulas kenyataan Rayer seperti disiarkan sebuah portal berita yang memetik beliau sebagai berkata: "Jika ada pihak yang mendesaknya mahu menarik balik ungkapan itu, maka harus dibuat dalam sidang DUN yang akan datang".

Rayer daripada DAP sebelum ini mencetuskan kemarahan anggota Umno dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Melayu selepas berulang kali mencela Umno sebagai celaka dalam sidang DUN.

Tindakan biadabnya itu mengundang kemarahan sekumpulan pemuda yang bertindak merempuh masuk ke dalam bangunan DUN Pulau Pinang bagi meminta penjelasan wakil rakyat berkenaan.

Zainal Abidin berkata pihaknya menunggu siasatan polis dan Peguam Negara terhadap kenyataan yang dibuat Rayer dalam persidangan DUN itu sebelum mengambil sebarang tindakan mahkamah.

Beliau berkata bagaimanapun Umno Pulau Pinang tetap mahu Rayer memohon maaf kepada Umno atas kebiadapannya itu.
Tags / Kata Kunci: Umno , DAP

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan