KDN Kaji Cadangan Suntikan Vaksin

Diterbitkan: Ahad, 15 Jun 2014 10:00 AM

Wan Junaidi Tuanku Jaafar.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan menjalankan kajian terperinci keberkesanan saranan untuk memberi suntikan vaksin kepada anggota polis yang bertugas di lokap bagi mengurangkan risiko terkena jangkitan penyakit bawaan tahanan.

Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, langkah itu perlu sebelum sesuatu cadangan itu dilaksanakan.

Beliau juga menyambut baik cadangan yang dikemukakan oleh Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) dalam usaha menambah baik sistem sedia ada.
 
"Saya menyambut baik cadangan supaya suntikan vaksin diberikan kepada anggota polis yang bertugas di lokap dan kajian perlu dilakukan mengenainya.

"Bagaimanapun buat masa ini pemberian vaksin tersebut tidak dapat dilaksanakan kerana, anggota polis yang menjaga tahanan di lokap bukan terdiri daripada anggota khas," katanya kepada mStar Online.

Mengulas lanjut, Wan Junaidi berkata, ketika ini anggota polis di lokap bekerja dalam satu shif di balai polis yang mempunyai lokap dan lokap bersepadu seluruh negara.

Bagaimanapun katanya, pihaknya akan meneliti saranan itu dengan lebih mendalam sebelum membuat sebarang keputusan.

Sebelum ini, portal ini menyiarkan laporan mengenai 243 tahanan mati dalam lokap polis sejak 2000 dengan 90 peratus daripadanya kerana masalah kesihatan.

Sehubungan itu, Suhakam menyarankan supaya dilakukan saringan kesihatan untuk setiap tahanan, selain anggota polis diberi suntikan vaksin bagi mengelak dijangkiti penyakit berjangkit bawaan penjenayah yang ditahan di lokap polis. 

Sementara itu, Persatuan Bekas Polis Malaysia (PBPM) pula mencadangkan agar anggota polis dilindungi dengan polisi insuran individu sebagai insentif kepada keluarga mereka sekiranya mereka gugur ketika menjalankan tugas. 

Presiden PBPM, dalam temubual bersama portal ini berkata, polisi berkenaan dapat membantu meringankan beban balu serta anak-anak mereka terutamanya untuk soal pendidikan dan masa depan mereka. 

Mengulas lanjut, Wan Junaidi berkata kerajaan telah mula melaksanakan pemberian insuran berkelompok bernilai RM18,000 sejak 31 Mei lalu. 

Tags / Kata Kunci: vaksin , Suhakam , Wan Junaidi

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan