Rakyat Malaysia Di Iraq Selamat - Wisma Putra

Diterbitkan: Ahad, 15 Jun 2014 12:00 PM

Pasukan keselamatan mengawal keadaan di sekitar Iraq.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kementerian Luar pada Ahad mengesahkan semua 186 rakyat Malaysia yang berada di Iraq selamat.

Wisma Putra dalam kenyataannya di sini, berkata, kementerian itu sentiasa memantau perkembangan krisis di Iraq yang sehingga kini mengorbankan sekurang-kurangnya 335 nyawa.

Kementerian turut menasihati rakyat Malaysia di Iraq agar segera kembali ke tanah air jika tiada perkara penting di negara itu susulan keadaan yang semakin buruk di Iraq sekarang.

"Kementerian juga menasihati rakyat Malaysia agar menangguhkan atau membatalkan perjalanan ke Iraq sehingga keadaan kembali pulih," kata kenyataan itu.

Keganasan semakin meningkat di Iraq selepas anggota militan Kumpulan Negara Iraq dan Jajahannya (Isil) menawan bandar raya Mosul di utara Iraq, awal minggu ini. 


Tags / Kata Kunci: Malaysia , Iraq , selamat

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan