Malaysia Bimbang Keganasan di Mosul - Anifah

Diterbitkan: Ahad, 15 Jun 2014 12:49 PM

Anifah Aman.

Anifah

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Malaysia menyatakan kebimbangan terhadap keganasan di Mosul, Iraq yang kini dikuasai militan Kumpulan Negara Iraq dan Jajahannya (Isil).

Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman dalam satu kenyataan di sini, berkata Malaysia berharap keamanan dan kestabilan dapat dikembalikan segera di Mosul dan bahagian lain di utara Iraq yang turut diledak dengan keganasan.

Pada masa yang sama Malaysia mengecam keras tindakan militan menawan Konsulat Turki di Mosul serta menjadikan 49 stafnya sebagai tebusan.

"Malaysia menggesa semua mereka dibebaskan dalam keadaan selamat pada kadar segera," katanya.

Anifah berkata Malaysia turut menyatakan sokongan kepada kerajaan dan rakyat Turki serta Iraq, selain mendoakan keselamatan semua yang terjejas akibat keganasan di wilayah berkenaan.

Iraq kembali bergolak dengan keganasan selepas Isil menawan Mosul, bandar raya di utara negara itu, awal minggu ini.


Tags / Kata Kunci: Mosul , Datuk Seri Anifah Aman

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan