Hudud: Umno Kelantan Sedia Sertai Jawatankuasa Teknikal Kebangsaan

Diterbitkan: Ahad, 15 Jun 2014 3:13 PM

Mustapa

(Ubah saiz teks)

KOTA BAHARU: Umno Kelantan sedia menyertai jawatankuasa teknikal peringkat kebangsaan bagi membincangkan pelaksanaan hukum hudud di negeri itu.

Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, bagaimanapun pihaknya menyerahkan kepada jawatankuasa teknikal itu untuk menentukan siapa yang akan menjadi wakil dari Kelantan.

"Kita bersifat terbuka dalam hal ini dan menyerahkan segala keputusan kepada pihak pusat," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Tautan Kasih-Kami Prihatin anjuran Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII) di sini, Ahad.

Kerajaan pusat menubuhkan jawatankuasa itu setelah PAS mahu membentangkan Rang Undang-undang Persendirian (Hukum Hudud) di Parlimen bagi mendapatkan kebenaran melaksanakan Enakmen Kanun Jenayah Syariah II 1993.

Terdahulu pada majlis itu, Mustapa menyampaikan bantuan kewangan dan sumbangan peralatan perubatan Tabung Kebajikan Perubatan Malaysia (TKPM)berjumlah RM70,523.68 kepada 13 pesakit terpilih dan royalti Hospimart berjumlah RM111,479 kepada HRPZII.

Projek Hospimart, kedai runcit yang diusahakan Persatuan Pegawai Kerja Sosial Perubatan Malaysia itu telah mengembalikan royalti sebanyak RM250,054 kepada 3,326 pesakit bagi tiga tahun terakhir dari 2011 hingga 2013.


Tags / Kata Kunci: Umno , hudud , Datuk Seri Mustapa Mohamed

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan