MAS Tamatkan Penggunaan Pesawat Boeing 737-400

Diterbitkan: Ahad, 15 Jun 2014 7:33 AM

(Ubah saiz teks)

SEPANG: Malaysia Airlines (MAS) menamatkan penggunaan pesawat Boeing 737-400 malam ini untuk memberi laluan kepada pesawat baharu Boeing 737-800 untuk kegunaan syarikat penerbangan negara.

Ketibaan pesawat penerbangan B737-400 dari Pulau Pinang di Lapangan Terbang Antarabangsa KL pada 9.31 malam, menandakan berakhirnya perkhidmatan pesawat itu selepas melakukan penerbangan selama 22 tahun.

Ketibaan 99 penumpang dan lapan anak kapal disambut oleh Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MAS Ahmad Jauhari Yahaya. 

Sejak Mei 1992, MAS mengendalikan 54 pesawat B737-400, menjadikan ia pengendali terbesar siri fleet B737-400 di luar Amerika Syarikat pada suatu masa. 

Bercakap kepada pemberita, Ahmad Jauhari berkata MAS telah menggantikan B737-400 dengan pesawat baharu B737-800 sejak tiga tahun lepas.
 
"Kita mempunyai 56 pesawat B737-800 yang digunakan sekarang dan dijangka mempunyai 64 pesawat untuk siri ini menjelang akhir tahun depan," katanya. 

Beliau berkata pesawat siri baharu itu mempunyai sayap lawi membolehkan penggunaan bahan api secara lebih cekap dan B737-800 juga akan digunakan untuk laluan jarak sederhana seperti Perth dan New Delhi kerana pesawat itu boleh terbang selama lima jam.
Tags / Kata Kunci: MAS , Boeing 737-400

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan