PM Jumpa Pimpinan Parti Komponen BN Perak

Diterbitkan: Sabtu, 14 Jun 2014 11:57 AM

Datuk Seri Najib Tun Razak

(Ubah saiz teks)

TELUK INTAN: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menghadiri perjumpaan tertutup dengan pimpinan parti komponen Barisan Nasional (BN) negeri di sini, Sabtu.

Turut hadir Menteri Dalam Negeri Datuk Seri DrAhmad Zahid Hamidi yang juga Naib Presiden Umno dan Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir yang juga Pengerusi BN Perak.

Turut serta dalam perjumpaan itu, Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah yang juga Bendahari Umno, Presiden Gerakan Datuk Mah Siew Keong yang juga Anggota Parlimen Teluk Intan dan Pengerusi MIC Perak Datuk R. Ganesan.

Perdana Menteri yang juga Pengerusi BN tiba di Rumah Rehat Majlis Perbandaran Teluk Intan di sini pukul 10 pagi dan perjumpaan itu berakhir pada 10.55 pagi.

Sejurus tiba, Najib yang memakai songkok dengan lilitan kain berwarna putih disambut oleh anggota-anggota wanita dan pemuda BN Teluk Intan.

Najib kemudian hadir pada majlis pelancaran projek Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) yang berlangsung di Dataran Menara Condong.
Tags / Kata Kunci: BN Perak

iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Kolumnis

iklan

Iklan