Anggota ISIS Dan Pengebom Berani Mati Pertama Di Malaysia

Diterbitkan: Sabtu, 14 Jun 2014 8:54 AM

Ahmad Tarmimi Maliki, dikatakan rakyat Malaysia pertama menjadi pengebom berani dan bertanggungjawab terhadap serangan di ibu pejabat SWAT di Iraq pada 26 Mei.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Setahun yang lalu, Ahmad Tarmimi Maliki berusia 26 tahun dan merupakan seorang pekerja kilang yang pendiam.

Kini, dia 'diangkat' sebagai pengebom berani mati yang pertama di Malaysia yang mempunyai kaitan dengan kumpulan Negara Islam Iraq dan Syria (ISIS).

Dia mendapat 'penghormatan' itu apabila meletupkan 25 askar elit Iraq di ibu pejabat SWAT Iraq di al-Anbar pada 26 Mei.

Laporan menyatakan bahawa Ahmad Tarmimi, yang menerima latihan militan di Port Dickson pada akhir tahun lepas, memandu kenderaan SUV tentera dipenuhi dengan bertan-tan bahan letupan menuju ke ibu pejabat SWAT dan meletupkan dirinya.

Pengeboman didahului dengan serangan ke atas ibu pejabat komando ISIS.

Pembabitannya telah disiarkan dalam laman web rasmi ISIS dengan tajuk, "Mujahidin Malaysia Terkorban Dalam Operasi Mati syahid" dengan gambarnya juga dipaparkan.

Laporan itu juga menyatakan bahawa militan ISIS telah merampas senjata besar dari tempat persembunyian di ibu pejabat.

Ia menerangkan Ahmad Tarmimi sebagai pengebom berani mati yang pertama di Malaysia di Iraq.

Ahli keluarga Ahmad Tarmimi berkata pertemuan terakhir mereka adalah pada bulan Mac sebelum dia berlepas ke Timur Tengah untuk melanjutkan pengajian dalam bidang pengajian Islam.

Dia telah bekerja di sebuah kilang di Selangor sejak 2012.

Walaupun tidak menunjukkan reaksi pelik, Ahmad Tarmimi menjadi semakin warak dan lebih berahsia, kata keluarganya.

Dari posting Facebook, diifahamkan Ahmad Tarmimi pertama kali memasuki Syria melalui Turki sebelum berakhir di Iraq, tempat di mana dia menjadi pengebom berani mati.

Sumber berkata rangkaian ISIS mempunyai hubungan tempatan di Asia Tenggara, termasuk Indonesia, dan banyak anak muda telah terjebak untuk berperang dan sanggup mati untuk saudara-saudara Islam mereka di Timur Tengah.

ISIS telah ditubuhkan pada April 2013 dan berkembang daripada kumpulan al-Qaeda di Iraq.

Menurut kajian dan analisis keganasan (http://www.trackingterrorism.org), ISIS mempunyai sumber kewangan yang meluas (kebanyakannya diperolehi daripada aktiviti jenayah terancang yang dikatakan dalam bidang kawalan dan dana diaspora serta penaja kewangan yang tidak dikenali dari negara Teluk) dan juga modal insan yang membolehkan operasi di pelbagai lokasi.

Ini dilihat dalam serangan yang dilaksanakan di kawasan yang dianggap sebagai kawasan utama Syiah di Iraq, seperti Najaf, Karbala, Kut dan Wasit dan juga pengeboman di Baghdad (Iraq).

Sejak itu ISIS telah menjadi salah satu daripada kuasa utama untuk melancarkan serangan terhadap tentera kerajaan di Syria dan Iraq.

Laporan mendedahkan bahawa huruf 'S' yang terakhir dalam singkatan ISIS itu dikaitkan daripada perkataan Arab "al-Sham".

Ia mungkin merujuk kepada Levant, Syria atau Damsyik tetapi dalam konteks jihad global, ia merujuk kepada Levant, kawasan yang kini terdiri daripada Cyprus, Israel, Jordan, Lebanon, Syria, Palestin dan sebahagian daripada selatan Turki.

Organisasi ini diketuai oleh Abu Bakr al-Baghdadi.

Tidak banyak yang diketahui tentang latar belakangnya, tetapi dipercayai dia dilahirkan di Samarra, utara Baghdad, pada tahun 1971.

Tags / Kata Kunci: ISIS , al-Qaeda , Ahmad Tarmimi Maliki

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Kolumnis

iklan

Iklan