Tiada Unsur Politik Dalam Pemberian RM500 Kepada Pekebun Kecil Getah - Shafie

Diterbitkan: Sabtu, 14 Jun 2014 6:14 PM

Shafie Apdal (gambar fail).

(Ubah saiz teks)

RAUB: Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal menegaskan bantuan sara hidup RM500 untuk pekebun kecil getah merupakan tanggungjawab sosial kerajaan berikutan penurunan harga getah di pasaran.

Katanya langkah itu bertujuan meringankan beban yang ditanggung kira-kira 270,000 pekebun kecil getah di negara ini.
 
"Tidak ada unsur-unsur politik dalam soal-soal pemberian sara hidup seperti yang didakwa oleh pembangkang yang hanya semata-mata untuk mencari kepentingan peribadi.
 
"Kerajaan mempunyai mekanisme tertentu untuk menangani masalah hidup rakyat khususnya pekebun kecil di luar bandar berikutan penurunan harga komoditi getah," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis perkahwinan anak Pengerusi Jawatankuasa Koperasi, Keusahawanan dan Kepengggunaan Negeri, Datuk Shahiruddin Ab Moin di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Mohd Shafie berkata kerajaan juga sedang meneliti perkembangan harga getah dunia bagi merangka beberapa rancangan untuk membantu pekebun kecil.
 
"Kerajaan akan memberi bantuan sagu hati dalam masa terdekat ini berasaskan kategori penoreh, pemilik kebun getah dan penoreh yang bukan pemilik kebun," katanya.

Tags / Kata Kunci: pekebun kecil getah , Shafie Apdal

iklan

Video

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Kolumnis

iklan

Iklan