BN Perak Kini Lebih Kukuh - Najib

Diterbitkan: Sabtu, 14 Jun 2014 5:44 PM

Najib Tun Razak.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kedudukan Barisan Nasional (BN) di negeri Perak terus diperkukuh susulan kemenangannya pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Teluk Intan baru-baru ini. 

Perdana Menteri berkata ia juga tergambar daripada perjumpaan tertutup yang dihadirinya bersama pimpinan parti-parti komponen BN Perak di Dataran Menara Condong, Teluk Intan pagi tadi. 

"Kemenangan Datuk Mah Siew Keong dan Gerakan pada Pilihan Raya Kecil Teluk Intan (PRK) baru-baru ini membayangkan pengukuhan Barisan Nasional di negeri Perak. 

"Kita harus terus bersatu dan berusaha dalam membawa agenda pembangunan agar negara terus kekal aman dan makmur," katanya dalam catatan di laman Facebook hari ini. 

Pada PRK 31 Mei lalu, Mah yang juga Presiden Gerakan menewaskan calon DAP Dyana Sofya Mohd Daud dengan majoriti 238 undi. 

Menurut rekod, kemenangan Mah bukan sahaja menyaksikan kejayaan merampas semula kerusi Parlimen berkenaan malah memperkukuh kedudukannya sebagai Presiden Gerakan yang dimenangi Oktober tahun lepas, serta kedudukan parti itu dalam BN. 

Tags / Kata Kunci: BN , Perak , Najib Razak

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Kolumnis

iklan

Iklan