Jabatan Meteorologi Bina 30 Lagi Siren Amaran Awal Tsunami

Diterbitkan: Sabtu, 14 Jun 2014 10:55 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA TERENGGANU: Jabatan Meteorologi Malaysia akan membina 30 buah lagi rangkaian sistem siren tsunami di seluruh negara melibatkan peruntukan kira-kira RM6 juta.

Ketua Pengarah jabatan Datuk Gayah Ismail berkata, ketika ini terdapat 23 buah sistem seumpama itu di lokasi strategik yang berfungsi untuk menyebarkan amaran tsunami kepada penduduk sekitar.

"Sistem siren tsunami yang akan dibina itu bernilai kira-kira RM200,000 setiap satu akan dibina di kawasan-kawasan yang berisiko tinggi seperti di kawasan-kawasan pantai terutama di pantai Sabah, Sarawak dan juga di Semenanjung.

"Kalau gempa itu berlaku di sebelah Sumatera, maka kawasan pantai Barat Semenanjung akan mendapat kesan dahulu manakala kalau tsunami terjadi di sebelah Filipina, maka pantai Timur Semenanjung turut mendapat kesan,'' katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis perasmian program latih amal tsunami peringkat negeri di Kampung Seberang Takir di sini yang dirasmikan oleh Setiasuaha Politik Menteri Besar Terengganu Rosdi Muda.

Turut hadir Ketua Setiausaha Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (Mosti) Datuk Dr Rosli Mohamad.

Gayah berkata, di Terengganu sendiri terdapat dua buah sistem siren berkenaan, masing-masing sebuah ditempatkan di Pulau Perhentian dan Kuala Terengganu. Manakala sebuah sistem kamera pantai dipasang di Kampung Seberang Takir di sini.

Katanya, sebanyak dua buah lagi sistem seumpama itu akan dipasang di Terengganu iaitu di Dungun dan Kemaman sebelum penghujung tahun ini. Beliau berkata, sistem siren itu berfungsi untuk menyebarkan amaran tsunami kepada penduduk sekitar supaya orang ramai sempat menyelamat dan melarikan diri ke tempat yang selamat.

Di samping itu katanya, satu kaedah penyebaran amaran awal tsunami iaitu melalui sistem amaran talian tetap akan turut berfungsi dalam bentuk pesanan suara.

Ini disampaikan melalui panggilan telefon kepada pelanggan talian tetap Telekom Malaysia (TM) dalam lingkungan tiga kilometer dari kawasan pantai yang dilanda tsunami.

Tags / Kata Kunci: Jabatan Meteorologi , ancaman tsunami

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan