Lapangan Terbang Baharu Untuk Tampung Keperluan Zon Utara

Diterbitkan: Sabtu, 14 Jun 2014 2:28 PM

Datuk Seri Mukhriz Tun Dr Mahathir

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Cadangan pembinaan lapangan terbang antarabangsa baharu di Kedah dijangka dapat menampung keperluan penumpang dan perkhidmatan kargo yang semakin meningkat bagi negeri-negeri di utara Semenanjung, kata Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Tun Dr Mahathir.

Beliau berkata pihaknya mendapati kemudahan di lapangan terbang antarabangsa di Pulau Pinang semakin terhad untuk menampung keperluan pertambahan kargo serta penumpang di masa depan. 

Beliau sebelum ini berkata kerajaan negeri Kedah bercadang untuk membina sebuah lapangan terbang antarabangsa di atas sebidang tanah seluas kira-kira 600 hektar di Kulim.

Cadangan itu telah dikemukakan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, katanya.

Beliau pada Jumaat merasmikan Pesta Kedah 2014 di sini sehingga esok anjuran Persatuan Wanita Kedah di Kuala Lumpur dan Selangor.

Ia mempromosi keunikan budaya dan tradisi negeri Kedah serta kawasan pelancongan selain bagi mengumpul dana untuk penubuhan Rumah Kedah di ibu negara.
Tags / Kata Kunci: lapangan terbang Kulim

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan