Sutinah Dinobat Tokoh Srikandi Terbilang SPRM

Diterbitkan: Jumaat, 13 Jun 2014 7:24 PM

Sutinah pada perarakan tamat tugas sempena persaraan beliau di majlis Paluan Berundur di Maca di sini, Jumaat.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Selepas 34 tahun mencurah bakti dalam perkhidmatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Sutinah Sutan dianugerahkan Tokoh Srikandi Terbilang suruhanjaya itu.

Bersara wajib sebagai Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan) SPRM, tugas itu kini digalas Datuk Mustafar Ali yang sebelum ini Pengarah Siasatan.


Sutinah (kiri) di majlis serah tugas sebagai Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan) SPRM kepada Mustafar (kanan) , sambil disaksikan Abu Kassim (dua dari kanan) dan Timbalan Pesuruhjaya Datuk Zakaria Jaafar.

Pada Majlis Paluan Berundur sempena persaraannya di Akademi Pencegahan Rasuah SPRM (Maca) di sini, Sutinah mengucapkan penghargaannya kepada warga suruhanjaya itu SPRM yang memberi kerjasama sepanjang perkhidmatannya.

Bermula sebagai Pegawai Siasatan dan dilantik ke jawatan tertingginya pada 2010, beliau mengharapkan anggota SPRM meneruskan perjuangan dan berusaha memerangi rasuah secara holistik.

Bagaimanapun katanya, secara keseluruhan, usaha SPRM dari aspek pendidikan pencegahan mula menampakkan perkembangan positif berbanding era 80-an.

"Usaha mencegah rasuah bukan hanya bergantung kepada penguatkuasaan sahaja tetapi pendidikan untuk mencegah juga penting.

"Pada awal 80-an, usaha cegah rasuah bergantung kepada SPRM sahaja di mana ketika itu banyak pihak tidak suka membincangkan isu rasuah secara terbuka tetapi kini selain berbincang, ia mendapat perhatian pelbagai pihak," katanya.

Hadir sama. Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Abu Kassim Mohamed.

Sementara itu, Mustafar berkata beliau akan terus mencari dan memperkenalkan beberapa perkara baharu dalam aspek pencegahan rasuah dengan melibatkan pelbagai pihak.

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Kolumnis

iklan

Iklan