Rombakan SPRM: Jamidan Ganti Mustafar

Diterbitkan: Jumaat, 13 Jun 2014 4:49 PM

Jamidan

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kini melalui proses rombakan jawatan di beberapa peringkat pegawai kanan berikutan persaraan Timbalan Ketua Pesuruhjayanya, Datuk Sutinah Sutan.

Susulan itu, tiga pegawai kanan SPRM turut terbabit dalam perubahan di peringkat dalaman suruhanjaya itu untuk memantapkan operasi membanters rasuah, salahgunakuasa dan penyelewengan itu.

Majlis Paluan Berundur sebagai tanda rasmi berakhirnya perkhidmatan Sutinah yang bertanggungjawab mengendalikan bahagian pencegahan berlangsung di Akademi Pencegahan Rasuah Malaysia (Maca), pada Jumaat.



Sepanjang perkhidmatannya, graduan Universiti Sains Malaysia (USM) ini memikul tugas untuk mendapatkan sokongan sektor swasta untuk menandatangani Ikrar Integriti Korporat.

Kerusi yang dikosongkan Sutinah akan diisi Pengarah Siasatan, Datuk Mustafar Ali di mana majlis serah tugas antara keduanya juga diadakan pada Jumaat.



Sebelum itu, Mustafar pernah berkhidmat sebagai Timbalan Presiden di Institut Integriti Malaysia (IIM) sebelum menjawat jawatan Pengarah Siasatan.

Seterusnya jawatan yang disandang Mustafar akan dipertanggungjawabkan kepada Datuk Jamidan Abdullah yang juga Pengarah Bahagian Operasi Khas suruhanjaya itu.

Bahagian yang mengendalikan pelbagai kes berprofil tinggi itu memberi kelebihan kepada Jamidan yang sebelum ini berpengalaman sebagai Pengarah SPRM Johor.

Perpindahan Jamidan sekali gus mengosongkan kerusi jawatan itu yang akan dipangku Pengarah SPRM Sarawak, Datuk Bahri Mohd Zin.


iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan