RM7.75 Juta Rampasan 'Perang' Seludup Diesel

Diterbitkan: Jumaat, 13 Jun 2014 12:01 AM

Mohd Roslan (kiri) ketika Ops Titik yang hingga kini mencatatkan rampasan RM7.75 juta.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: ‘Perang’ yang dilancarkan menerusi Ops Titik bagi membanteras aktiviti penyeludupan dan penyelewengan diesel sehingga ini mencatatkan sebanyak 141 kes dengan nilai rampasan berjumlah RM7.75 juta.

Usaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) sejak 15 Mei lalu itu kini semakin menampakkan keberkesanannya.

Pengarah Penguatkuasa KPDNKK, Mohd Roslan Mahayudin berkata, Kedah mencatatkan jumlah kes tertinggi dalam operasi yang dilancarkan secara besar-besaran di seluruh negara sebulan lalu.

“Jumlah keseluruhan kes terkumpul sehingga pukul 5 petang pada 12 Jun 2014 (Khamis) adalah sebanyak 141 kes dengan nilai rampasan RM7,754,321.43.

“Kedah merupakan negeri yang mencatatkan kes tertingi dengan 24 kes dan nilai rampasan RM724,059.20. Ini berikutan negeri itu dekat sempadan negara jiran,” katanya ketika dihubungi mStar Online pada Khamis.

Mohd Roslan berkata, Sarawak dan Selangor masing-masing mencatatkan kes kedua dan ketiga tertinggi dalam Ops Titik, dengan 17 kes membabitkan nilai rampasan RM268,501.20 dan 13 kes (RM1,169,816).

“Ops Titik di Negeri Sembilan pula merekodkan tujuh kes dengan nilai RM120,290, Pahang (sembilan kes/RM155,254.60), Kelantan (12 kes/RM306,170.82), Sabah (12 kes/RM332,290.65), Perlis (10 kes/RM98.159.40), Pulau Pinang (sembilan kes/RM 116,860) dan Perak (sembilan kes/RM485,164).

“Melaka, Terenganu dan Johor masing-masing satu kes dengan nilai rampasan RM21,000, RM19,000 dan RM2,166,400.

“Manakala Wilayah Persekutuan di Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya pula masing-masing mencatatkan tiga kes (RM178,728), enam kes (RM1,591,627.56), satu kes bernilai RM1,000 di sini,” katanya.

Menurut Mohd Roslan, pegawai penguat kuasa KPDNKK akan terus mempergiatkan operasi menerusi Ops Titik dengan menumpukan kawasan panas atau ‘hotspot’ yang dikenal pasti menjadi tempat jualan atau penyeludupan diesel bersubsidi kepada warga asing dan pihak industri.

Beliau menambah, kawasan panas itu seperti stesen minyak yang disenarai pendek, pusat pengumpulan minyak, pelabuhan, kawasan sempadan darat dan laut.

“Seperti di Kedah, kita akan menumpukan kawasan panas yang dikenal pasti terutama di Bukit Kayu Hitam dan Durian Burung,” katanya sambil menambah bahawa Ops Titik akan diteruskan sehingga 31 Disember depan.

mStar Online dalam laporan eksklusifnya sebelum ini mendedahkan sebanyak 230 stesen minyak dikenal pasti dalam Senarai Pemerhatian Utama atau ‘Priority Watch List’ yang disyaki bersubahat dalam aktiviti penyeludupan dan penyelewengan diesel.

Tags / Kata Kunci: Ops Titik , diesel , KPDNKK

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan