Tiga Individu Disyaki Terlibat Kumpulan Militan Ditahan

Diterbitkan: Jumaat, 13 Jun 2014 6:29 PM

Mohd Bakri Zinin.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Tiga lelaki termasuk seorang anggota Tentera Laut Diraja Malaysia ditahan oleh Bahagian Counter Terrorism Cawangan Khas Bukit Aman kerana disyaki terlibat dengan aktiviti militan. 

Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohd Bakri Zinin berkata suspek yang ditahan berusia antara 29 dan 31 ditahan pada Jumaat,  kerana dipercayai terlibat dengan 12 anasir militan sejak 28 April. 

"Salah seorang daripada individu yang ditangkap merupakan anggota kanan sel militan. Daripada siasatan yang dijalankan mendapati suspek disyaki telah menjalani latihan ketenteraan di kem milik kumpulan Abu Sayyaf di Selatan Filipina sejak 22 April lalu" katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat. 

Beliau berkata suspek telah menyusup masuk ke Malaysia secara haram pada 11 Jun dan bersembunyi di sebuah rumah di Sandakan. 

"Anggota tentera laut yang bertugas di Sandakan yang ditangkap itu ditahan kerana disyaki membantu anggota militan tersebut menyusup masuk ke Sandakan untuk melindungi suspek.

"Mereka ini akan disiasat mengikut prosedur di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 SOSMA," katanya.  


Tags / Kata Kunci: militan , Sosma , Bakri Zinin

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan