Tindakan Tegas Salah Guna Logo Halal

Diterbitkan: Jumaat, 13 Jun 2014 11:48 AM

Hasan Malek.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Individu yang didapati menyalahgunakan logo halal pada produk mereka berdepan dengan denda RM1 juta atau penjara tidak lebih tiga tahun, manakala syarikat pula boleh didenda tidak kurang RM5 juta.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Hasan Malek berkata perkara itu diperuntuk di bawah Akta Perihal Dagangan 2011.

"Sebenarnya yang tetapkan barangan halal ataupun tidak halal itu tanggungjawab Jakim (Jabatan Kemajuan Agama Islam Malaysia), namun jika produk itu tidak halal tetapi dicetak logo halal pada pembungkusannya maka pengeluar akan didakwa menurut Akta Perihal Dagangan 2011," katanya di sini Khamis.

Beliau diminta mengulas mengenai produk 'Bihun Istimewa Cap Masjid' keluaran sebuah kilang di sini yang mengguna pakai logo halal pada pembungkusannnya sedangkan syarikat tidak mempunyai pensijilan halal Jakim.

Isu itu terbongkar susulan penyebaran beberapa keping gambar pemprosesan bihun yang dibuat dalam keadaan kotor dan jijik menerusi laman sosial.

Sementara itu, mengulas barangan kawalan sempena Aidilfitri, Hasan berkata pihaknya sedang meneliti senarai barangan yang berkenaan.

"Kami akan umumkan secepat mungkin selepas senarai dimuktamadkan," katanya yang ditemui selepas melancarkan buku 'Patent Drafting Manual for Beginners' yang diterbitkan Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO).

Terdahulu dalam ucapannya, Hasan berkata MyIPO kini dalam proses membuat kajian impak bagi mengukur tahap kesedaran mengenai kepentingan perlindungan hak harta intelek dalam kalangan kumpulan sasaran iaitu usahawan, belia dan pelajar.

Katanya kajian MyIPO mendapati permohonan hak harta intelek meningkat daripada 31,279 pada 2009 kepada 41,638 pada 2013.

"Bagaimanapun, permohonan tempatan hanya sekitar 40 peratus daripada jumlah keseluruhan permohonan diterima," katanya. 

Mengenai buku itu, Hasan berkata ia bertujuan membantu pemilik-pemilik harta intelek khususnya pereka cipta dalam teknik-teknik pendraftan spesifikasi paten yang mengikut kehendak Akta Paten 1983 dan Peraturan-peraturan di bawahnya. 

Ini bagi tujuan pemfailan permohonan paten yang menggariskan teknik pendraftan paten sama ada secara nasional atau penfailan antarabangsa.

Hasan berkata buku itu dijual pada harga RM60 dan turut diedarkan secara percuma kepada semua perpustakaan awam dan institusi pengajian tinggi seluruh negara.
Tags / Kata Kunci: logo halal , bihun , cap masjid , Hasan Malek

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan