Air Lombong Selangor Selamat - Selcat

Diterbitkan: Jumaat, 13 Jun 2014 3:00 PM

Hannah Yeoh

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan Selangor (Selcat) mengesahkan kualiti air dari lombong di negeri itu selamat untuk dibekalkan kepada pengguna.

Pengerusinya, Hannah Yeoh berkata, jawatankuasa itu berpuas hati dengan penjelasan pihak berwajib, termasuk Jabatan Kimia dan Jabatan Kesihatan dari Kementerian Kesihatan ketika sesi pendengaran Selcat yang diadakan pada 10 Jun lalu.

Pengesahan itu sekaligus menolak kritikan rakannya iaitu Ahli Parlimen Klang dari DAP, Charles Santiago yang mempertimbankan tindakan undang-undang ke atas kerajaan Selangor jika gagal membuktikan bekalan air di negeri itu selamat.

"Wakil Jabatan Kimia dan Jabatan Kesihatan mengesahkan kepada Selcat bahawa mereka sudah lakukan ujian mingguan.

"Malah mereka juga sahkan bahawa air itu selamat. Selcat akan keluarkan laporan lengkap mengenai pendengaran itu sebelum dibentangkan kepada Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam masa terdekat," katanya pada sidang media di pejabatnya di sini, Jumaat.

Sebelum ini Charles dalam beberapa siri kirimannya menerusi laman sosial Facebook dan Twitter berkata, air yang diperoleh dari tasik bekas lombong di Bestari Jaya mengandungi bahan berat berdasarkan beberapa kajian oleh Universiti Malaya dan ia tidak selamat untuk digunakan.

Selain Charles, seorang lagi Ahli Parlimen sekutu Pakatan Rakyat, Wong Chen dari PKR Kelana Jaya juga pernah membuat kenyataan terbuka membidas kerajaan Selangor menggunakan air lombong.

Mengulas lanjut, Yeoh yang juga Speaker DUN Selangor berkata, Charles dan Wong merupakan antara empat saksi yang dipanggil memberi keterangan pada sesi pendengaran itu.

Selain itu, dua lagi saksi ialah Pengarah Lembaga Urus Air Negeri Selangor (Luas), Md Khairi Selamat dan Exco Selangor, Dr Ahmad Yunus Hairi.

Bagaimanapun Ahmad Yunus tidak hadir atas urusan rasmi.
Tags / Kata Kunci: Selcat , Hannah Yeoh , Air Lombong

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Kolumnis

iklan

Iklan