Saman: PM Hanya Cari Kebenaran - Muhyiddin

Diterbitkan: Khamis, 12 Jun 2014 2:54 PM

Muhyiddin Yassin
(Ubah saiz teks)

KUALA TERENGGANU: Tindakan perdana menteri memfailkan saman terhadap portal berita MalaysiaKini merupakan langkah wajar dan tidak bertentangan dengan hak sesiapa untuk mencari kebenaran, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Beliau menegaskan bahawa langkah itu merupakan hak Datuk Seri Najib Tun Razak bagi menuntut keadilan di mahkamah sekiranya merasakan beliau telah dianiaya.

Muhyiddin hairan dan menyifatkan agak luar biasa apabila Majlis Peguam melihat tindakan itu sebagai kekangan kepada kebebasan media dan melanggar hak asasi manusia.

"Kita sedia maklum di negara ini media ada kebebasan tetapi dalam masa sama wujud batas undang-undang, kuasa-kuasa tertentu yang tidak boleh dilanggar, lebih-lebih lagi jika membabitkan soal fitnah atau perkara yang boleh memalukan.

"Apatah lagi dalam hal ini, ia melibatkan perdana menteri khususnya kerajaan, maka itu merupakan hak beliau untuk bertindak bagi membetulkan keadaan menerusi proses perundangan," katanya.

Timbalan perdana menteri berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan 'Program Jom Bertani' peringkat Kebangsaan di Kampung Nyiur Tujuh, Jerteh di sini Khamis.

Majlis Peguam dalam kenyataannya menerusi portal itu menganggap tindakan mahkamah yang diambil oleh Najib yang juga Presi­den Umno terhadap Malaysiakini berkaitan dakwaan rasuah, telah menyalahi hak asasi manusia.

Pada 30 Mei lalu, Najib dan Setiausaha Kerja Umno Datuk Ab Rauf Yusoh memfailkan saman terhadap Malaysiakini berhubung penerbitan dua artikel yang dianggap berunsur fitnah pada Mei lalu.

Najib selaku plaintif kedua, mengemukakan saman itu di Mahkamah Tinggi di sini atas kapasiti peribadi beliau manakala Ab Rauf sebagai plaintif pertama, bertindak bagi pihak Umno.

Menurut Muhyiddin, Majlis Peguam dan portal berita itu harus berlaku adil dalam usaha mengeluarkan kenyataan serta memberikan contoh melalui kes saman pemimpin tertinggi Singapura.

"Kalau berlaku di negara lain macam Singapura, Perdana menteri Singapura mengambil tindakan (saman), tiada pula pihak Majlis Peguam Singapura  menyatakan itu melanggar hak asasi manusia dan kebebasan media.

"Kenapa kalau di Malaysia, dia (Majlis Peguam) beri nasihat suruh perdana menteri (batalkan saman). Kalau dah melampaui batas, itu adalah hak kita untuk bertindak mendapatkan suatu keadilan," tegasnya.

Majlis Peguam Malaysia menerusi Presidennya Christopher Leong telah menggesa Najib supaya membatalkan saman fitnah ke atas portal berita Malaysiakini kerana beranggapan mana-mana ahli politik tidak boleh menjadikan tindakan saman ke atas artikel yang mewakili pandangan rakyat sebagai satu jawapan membalas kritikan tersebut, sama ada ia benar atau tidak.

Tags / Kata Kunci: Mahkamah

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan