Laporan Ketua Audit Negara: Tiada Tindakan Terhadap Mana-Mana Ketua Jabatan

Diterbitkan: Khamis, 12 Jun 2014 8:02 AM

Shahidan Kassim

Datuk Seri Shahidan Kassim

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Tiada tindakan telah diambil terhadap mana-mana ketua jabatan berhubung salah urus kewangan yang dibangkitkan dalam laporan Ketua Audit Negara mengenai kelemahan di beberapa kementerian dan agensi.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim berkata siasatan terhadap isu-isu yang dibangkitkan dalam laporan itu tidak mendedahkan sebarang hubungan langsung kepada penyalahgunaan kuasa, kecuaian atau salah laku oleh ketua-ketua jabatan yang terlibat.

"Isu kelemahan adalah di peringkat pelaksanaan, yang melibatkan prosedur yang tidak teratur dalam perolehan, pembayaran dan pengurusan aset," katanya kepada Datuk Wira Johari Baharom (BN - Kubang Pasu), yang membangkitkan isu ini.

Mengenai tindakan tatatertib terhadap penjawat awam yang tidak mencarum, Shahidan berkata antara tahun 2009 dan tahun lepas, tindakan telah diambil terhadap 20,434 kakitangan awam di peringkat Persekutuan dan negeri.

Daripada jumlah ini, 4,742 kakitangan awam telah dipecat.

Dalam perkembangan lain, Shahidan berkata lebih 1,000 kakitangan awam bersara telah diambil semula untuk meneruskan khidmat dalam kerajaan menerusi perjanjian secara kontrak.

Beliau berkata seramai 36 kakitangan kanan kerajaan telah disambung perkhidmatan untuk kembali ke pelbagai kementerian.

"Mereka adalah pegawai-pegawai Gred JUSA C dan ke atas," katanya kepada Dr Rosli Che Mat (PAS - Hulu Langat).

"Pegawai-pegawai kanan yang mempunyai pengalaman dan pengetahuan dalam bidang masing-masing mampu menurunkan pengetahuan mereka kepada pegawai-pegawai junior," kata Shahidan.

Beliau memberi jaminan kepada ahli parlimen di Dewan Rakyat bahawa langkah itu tidak akan menjejaskan peluang kenaikan pangkat pegawai-pegawai lain kerana kontrak pekerjaan pegawai-pegawai berkenaan hanyalah untuk tempoh satu hingga dua tahun.

Shahidan berkata kerajaan juga telah menyambung khidmat 704 pensyarah universiti dan 320 kakitangan awam bersara yang lain.

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan