90 Peratus Tahanan Mati Dalam Lokap Kerana Masalah Kesihatan - Suhakam

Diterbitkan: Khamis, 12 Jun 2014 12:02 AM

Majoriti kes kematian tahanan dalam lokap berpunca daripada masalah kesihatan.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Sebanyak 243 kes kematian dalam lokap polis dicatatkan sejak 2000 hingga Febuari tahun ini dengan 90 peratus punca kematian disebabkan masalah kesihatan yang dihidapi tahanan.

Bagi Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam), penemuan itu di luar jangkaan kerana selama ini ada pihak sering menuduh anggota polis sengaja membelasah tahanan dalam lokap hingga menyebabkan kematian.

Pesuruhjaya Suhakam, James Nayagam yang mendedahkan perkara itu kepada mStar Online berkata, perkara itu mengejutkannya kerana beliau mempunyai persepsi bahawa kaum India mencatatkan jumlah kematian paling tinggi.

"Sebaliknya, bangsa Melayu mencatatkan kes kematian paling tinggi dengan 100 kes kematian dalam lokap dalam tempoh berkenaan, manakala Cina dengan 53 kes, India pula 52 kematian, lain-lain bangsa seramai 10 orang dan warga asing pula 27 kes.

"Berdasarkan maklumat ini, ternyata persepsi negatif terhadap anggota polis yang didakwa memukul tahanan hingga mati adalah tidak benar dan persepsi ini perlu diubah," katanya yang memulakan kajian terperinci mengenai kematian dalam lokap polis sejak April lalu.

James Nayagam

James berkata, daripada pemerhatiannya, kebanyakan tahanan mempunyai masalah kesihatan yang serius dan ia menjadi punca kematian mengejut ketika dalam lokap.

"Mereka ini menghidap penyakit seperti HIV/AIDS, asma, sakit jantung, buah pinggang dan penyakit berjangkit seperti batuk kering dan sifilis," katanya.

Katanya, lebih memburukkan keadaan apabila anggota polis bertugas tidak tahu sejarah atau latar belakang kesihatan tahanan, sebaliknya menjalankan tugas memantau mereka seperti biasa.

"Jadi apabila tahanan mengalami serangan jantung atau asma, ubat yang diperlukan tidak ada bersama tahanan dan akhirnya menyebabkan tahanan mati dalam lokap polis," katanya.

Berdasarkan laporan media, lapan kematian dalam lokap dilaporkan sepanjang tahun ini membabitkan lokap di Nibong Tebal, Bayan Baru, Bandar Perda dan Penjara Pulau Pinang, selain Dang Wangi di ibu negara, Kajang serta Jinjang di Selangor dan Tapah di Perak.

Terbaharu pada Mac lalu, seorang tahanan dalam Lokap Berpusat Balai Polis Bayan Baru, Pulau Pinang meninggal dunia kerana penyakit asma.

Punca kematian tahanan itu disahkan doktor yang menjalankan bedah siasat terhadap mayat lelaki terbabit di Hospital Pulau Pinang.

Terdahulu, ada pihak mendakwa anggota polis menjadi punca yang menyebabkan kematian tahanan itu.






iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan