RUU Perpaduan Galakkan Meritokrasi Tapi Pinggirkan Golongan Miskin

Diterbitkan: Khamis, 12 Jun 2014 5:30 PM

Dr Mahathir Mohamed.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Cadangan memperkenalkan Rang Undang-Undang Perpaduan yang baharu akan meminggirkan segelintir kaum dan golongan misikin, kata bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamed.

Dr Mahathir merujuk kepada Rang Undang-Undang Harmoni Nasional, Perpaduan Nasional dan Suruhanjaya Perpaduan dan Integrasi Nasional, atau dikenali sebagai Rang Undang-Undang Perpaduan yang dijangka menggantikan Akta Hasutan.

Beliau berkata, rang undang-undang itu akan menghapuskan kelebihan berdasarkan bangsa, agama, keturunan, tempat lahir, jantina atau mereka yang tidak berkemampuan.

"Malaysia adalah negara berbilang kaum dan bangsa. Kita kekalkan bangsa asal kita, bahasa dan budaya kita," kata Dr Mahathir menerusi laman blognya, Chedet.cc.

Beliau berkata, pengasingan dan pencapaian berbeza antara kaum tidak boleh mewujudkan penyatuan dan keharmonian di kalangan mereka.

Dr Mahathir berkata, Dasar Eknomi Baru (DEB) dibentuk bertujuan untuk mengurangkan jurang dari segi pencapaian ekonomi, tetapi dibawah rang undang-undang baharu itu dasar itu tidak boleh digunapakai lagi.

"Jika ia dilaksanakan, golongan miskin, tidak berpeluang atau tidak memiliki persekitaran untuk belajar, pergi ke sekolah swasta yang baik dengan yuran tinggi, tidak cukup makan, kurang sihat, terlantar di rumah sekejap-sekejap, kaum ini tidak dapat memenuhi syarat, tidak memiliki merit untuk mendapat apa-apa," katanya.

Jelas beliau, dibawah sistem merit baharu itu, golongan miskin akan terus miskin dan yang kaya akan lebih kaya.

"Memusnahkan diskriminasi berasas kaum atau bangsa akan menjadikan kita semua sama-sama sebagai warganegara. Tetapi ia akan kekalkan ketidaksamaan dan ketidakadilan yang sedia ada," katanya.

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Kolumnis

iklan

Iklan