Isu Rebut Anak: JKM Tampil Bagi Penyelesaian Terakhir - Rohani

Diterbitkan: Khamis, 12 Jun 2014 9:11 AM

Rohani Abdul Karim

Rohani Abdul Karim.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Mengambil dua anak milik S. Deepa yang beragama Hindu dan bekas suaminya yang merupakan mualaf, Izwan Abdullah untuk dijaga di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat akan menjadi "jalan penyelesaian terakhir yang mutlak' bagi Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rohani Abdul Karim.

"Di bawah undang-undang, sekiranya kedua-dua ibu bapa mengalami konflik dan tiada ahli keluarga lain yang tampil untuk menjaga anak mereka, kita akan membantu.

"Tetapi ini merupakan penyelesaian terakhir. Kita mahu anak-anak yang berada dalam keadaan sebegitu berada dengan sebuah keluarga," katanya.

"Bagaimanapun, jika terdapat penderaan emosi atau kanak-kanak itu tertekan dan berlakunya sesuatu yang mengejutkan dalam keluarga itu, kita di sini akan membantu," katanya kepada para pemberita di sini, Khamis.

Beliau mengulas mengenai cadangan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar bahawa kanak-kanak yang menjadi perebutan hak penjagaan antara penjaga Islam dan bukan Islam akan ditempatkan di bawah jagaan Jabatan Kebajikan Masyarakat sehingga mahkamah menyelesaikan isu berkenaan.

Tambahnya, Jabatan Kebajikan akan memainkan peranannya seperti yang tertakluk di bawah undang-undang.

Di bawah Seksyen 17 Akta Kanak-Kanak, seorang kanak-kanak yang dianggap memerlukan jagaan dan perlindungan sekiranya terdapat risiko kecederaan emosi atau fizikal, atau kanak-kanak tidak mempunyai ibu bapa atau penjaga atau individu bersesuaian yang sanggup untuk menjaganya.

"Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar tahu mengenai undang-undang. Kita sedia untuk memainkan pernaan kita seperti yang tertakluk di bawah Akta," katanya.

"Kita juga sedia memberikan khidmat kaunseling kepada Deepa atau kedua-dua kanak-kanak itu sekiranya mereka memerlukannya," kata Rohani.

Perebutan hak penjagaan antara penjaga beragama Islam dan bukan Islam menarik perhatian ramai.

Kedua-dua mahkamah syariah dan mahkamah sivil akan membantu dalam soal hak penjagaan kanak-kanak yang membabitkan kerani, Deepa dan bekas suaminya yang merupakan mualaf, Izwan yang sebelum itu dikenali sebagai N. Viran.

Pada 11 April lalu, Ketua Polis Negara berkata, polis tidak akan mengambil tindakan terhadap Izwan kerana mengambil anak lelakinya daripada jagaan bekas isterinya, walaupun Mahkamah Tinggi memerintahkan hak penjagaan diberikan kepada Deepa, kerana sebelum itu Izwan telahpun mendapat hak penjagaan bagi kedua-dua anaknya di Mahkamah Syariah.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan