Kuari Di Selangor Terjejas Kerana Kelewatan Lesen

Diterbitkan: Khamis, 12 Jun 2014 9:37 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kuari di Selangor terjejas oleh kelewatan kerajaan negeri mengeluarkan lesen baharu bagi pengeluaran agregat, kata Persatuan Kuari Malaysia (MQA).

Kelewatan ini telah mengurangkan pengeluaran agregat di negeri ini sebanyak 30 peratus, sekali gus menjejaskan kelancaran pelaksanaan projek-projek prasarana negara, kata Presiden MQA, Teh Quen Chang, dalam satu taklimat media di sini, Khamis.

Beliau berkata, lesen ini diperlukan untuk mengekstrak, menjual dan mengangkut agregat.

"Kelewatan yang dikaitkan dengan pengeluaran lesen semakin kerap berlaku dan tempoh sah lesen ini telah pun dipendekkan dengan ketara.

"Lapan kuari yang beroperasi di tanah simpanan hutan negeri di Bukit Lagong, Gombak dan Hulu Langat masih belum mendapat lesen kecil mereka sejak 1 Jan, 2014 dan terpaksa ditutup hingga 20 Jan, 2014," kata Teh.

Beliau berkata, pembaharuan lesen dan pentadbirannya terletak di bawah bidang kuasa kerajaan negeri.

"Selama ini lesen kecil diterbitkan bagi tempoh enam bulan, tetapi apabila lesen ini diperbaharui pada 20 Januari, ia hanyalah bagi tempoh sebulan dan tamat tempoh pada 31 Januari.

"Ini berterusan selama tiga bulan berikutnya, tetapi pada 31 Mac, lesen kecil April-Mei diberikan hanya bagi tempoh dua bulan," katanya.

Beliau berkata, kerajaan negeri juga telah berbincang dengan pengusaha industri kuari tentang Kontrak Perkongsian Pengeluaran (PSC), yang katanya, boleh menghakis sebahagian besar keuntungan anggota MQA tanpa pampasan.

"Jika konsep PSC dilaksanakan, ia boleh menghakis sebahagian besar margin keuntungan pengusaha kuari sedia ada dan keupayaan mereka untuk melabur dalam teknologi baharu untuk menampung keperluan industri pembinaan di Selangor," katanya.

Beliau menggesa kerajaan negeri melanjutkan tempoh sah lesen kecil dan meningkatkan royalti, bukan melaksanakan PSC.

MQA mewakili lebih 80 peratus pengusaha kuari negara ini. 


Tags / Kata Kunci: kuari , agregat , MQA , lesen

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Kolumnis

iklan

Iklan