Kes Tuntutan Anak: PM Syor Guna Mahkamah Persekutuan

Diterbitkan: Khamis, 12 Jun 2014 7:11 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Tun Razak meminta keluarga yang terlibat dalam tuntutan penjagaan anak supaya menggunakan Mahkamah Persekutuan bagi mencari jalan penyelesaian kes mereka.

Perdana Menteri berkata, kerajaan percaya pihak mahkamah akan menimbang untuk memberi keutamaan kepada perbicaraan kes tersebut.

"Peguam Negara akan berbincang dengan keluarga yang terbabit bagi tujuan ini dan saya harap semua pihak akan menghormati keputusan yamg dibuat mahkamah," katanya dalam satu kenyataan Khamis.

Bulan lepas, Mahkamah Rayuan menolak permohonan N. Viran atau nama Islamnya, Izwan Abdullah, untuk menangguhkan keputusan Mahkamah Tinggi Seremban yang memberi hak penjagaan dua anaknya kepada ibu mereka S. Deepa yang beragama Hindu.

Di Ipoh pula, guru tadika M Indira Ghandhi mendapat perintah Mahkamah Tinggi pada awal tahun ini untuk mendakwa bekas suaminya Muhammad Ridzuan Abdullah atau nama sebelum Islam, K. Patmanathan, kerana menghina mahkamah setelah gagal menyerahkan anak bongsu mereka, Prasana Diksa (Ummu Habibah), 6, kepada plaintif yang memenangi kes hak penjagaan anak, selaras dengan perintah Mahkamah Tinggi pada 11 Mac 2010.

Pada April 2009, Mahkamah Tinggi Syariah Ipoh memberi hak penjagaan tiga anak mereka iaitu Abu Bakar (Karan Dinish), Ummu Salamah (Tevi Darsiny) dan Prasana kepada Mohd Ridzuan.


iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan