Zull Design Cipta Kerusi, Meja Khas Untuk Nur Damia

Diterbitkan: Khamis, 12 Jun 2014 10:09 PM

Nur Damia Irsalina

(Ubah saiz teks)

KUALA TERENGGANU: Kecacatan seorang kanak-kanak perempuan yang kudung kaki dan tangannya sejak lahir mendapat perhatian sebuah syarikat apabila menciptakan kerusi dan meja khas untuknya.

Kekurangan yang menyebabkan pergerakan Nur Damia Irsalina Daeng Malis, tujuh tahun, terbatas, mencetuskan idea buat Zull Design Autotronic untuk mencipta sebuah kerusi roda elektronik dan meja khas yang dinamakan 'Damia Asisting Table'.

Menurut juruteknik rekaan Zull Design Autotronic, Muhamad Zalihan Abd Hamid mereka terpanggil untuk mencipta kerusi khas itu selepas melihat kesengsaraan murid tahun satu Sekolah Kebangsaan Kuala Telemong itu.

Selepas melihat kisah Nur Damia yang tersebar di media massa, pihak kami mencipta meja serta kerusi khas bagi meringankan beban yang ditanggungnya.

"Ia dibina dengan kos RM10,000 dan mengambil masa tiga bulan untuk disiapkan," katanya kepada pemberita di Program Transformasi Kepimpinan Sekolah Negeri Terengganu di sini, Khamis.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang merasmikan majlis itu turut menyaksikan demonstrasi penggunaan Damia Asisting Table yang dilakukan oleh Muhamad Zalihan.

Sementara itu, ibu Nur Damia, Rosnaini Muhammad, 36, melahirkan rasa gembira dan terharu dengan sumbangan yang diberikan kepada anak ketiga daripada empat beradik itu.

Katanya, sumbangan yang dihulurkan itu memudahkan pergerakan Nur Damia mengikuti sesi pembelajaran di sekolah.

"Saya berterima kasih pada pihak yang prihatin dengan nasib yang menimpa anak saya sehingga mengeluarkan idea dan sumbangan untuk membantu Nur Damia," katanya.

Beliau berkata, jika sebelum ini mereka sekeluarga terpaksa memberi tumpuan lebih ekoran keistimewaan yang dimiliki Nur Damia, namun kini dengan kerusi serta meja itu membantu meringankan bebanan yang dihadapi.


iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan