Kertas Putih Lahad Datu Diumum Selepas Tamat Siasatan

Diterbitkan: Rabu, 11 Jun 2014 3:01 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kertas putih bagi menjelaskan situasi sebenar yang berlaku di sebalik insiden pencerobohan pengganas di Lahad Datu, Sabah pada Mac tahun lepas, akan diumum selepas siasatan pihak berkuasa selesai.

Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein memberitahu Dewan Rakyat pada Rabu bahawa maklumat lengkap siasatan dan pengalaman yang berlaku di kawasan pantai Timur Sabah itu turut membabitkan beberapa pihak berkepentingan termasuk negara jiran Filipina.

"Berhubung kait dengan maklumat dan apa yang kita kenal pasti daripada siasatan dan pengalaman kita di Lahad Datu tahun lepas, melalui kertas putih dan apabila telah lengkap, saya yakin tiada sebab ia tidak diumumkan kepada orang ramai.

"Ia perlu dilakukan dengan teliti kerana melibatkan ancaman dalam dunia tanpa sempadan sekarang," katanya menjawab soalan tambahan Tian Chua (PKR-Batu) yang ingin tahu mengenai perkembangan terkini kertas putih tentang insiden pencerobohan di Lahad Datu pada persidangan Dewan Rakyat di sini.

Pada 3 Mac tahun lepas, beberapa wakil pembangkang menggesa kerajaan supaya memanggil sidang khas Parlimen dan mengeluarkan kertas putih serta membuat penjelasan berhubung insiden pertempuran pasukan keselamatan Malaysia dan penceroboh di Lahad Datu.

Sementara itu, menjawab soalan tambahan Datuk Ahmad Fauzi Zahari (BN-Setiawangsa) berkenaan langkah kerajaan dalam memastikan fungsi Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom) dan Zon Selamat Timur Sabah (Esszone) benar-benar menjamin keselamatan Sabah daripada pencerobohan berikutan beberapa insiden penculikan, Hishammuddin berkata pendekatan kawalan keselamatan kedua-duanya perlu diteliti semula.

Katanya perlu diingat penubuhan Esscom dan Esszone adalah untuk mengawal keselamatan dan kedaulatan negara khususnya daripada ancaman pengganas yang bersifat insurgensi seperti yang berlaku di Lahad Datu pada Mac tahun lepas.

Hishammuddin menjelaskan bahawa kedua-dua Esscom dan Esszone sebenarnya bukan diformasikan untuk menangani ancaman bersifat jenayah seperti penyeludupan, pemerdagangan orang dan penculikan.

"Setiap jenayah berkenaan, ada pendekatan yang tersendiri untuk menanganinya...sebab itu bila ada ancaman insurgensi Mac tahun lepas, sedikit sebanyak dengan wujudnya Esszone dan Esscom ia membantu kita memastikan setakat ini pencerobohan (insurgensi) tidak berulang.

"Namun insiden jenayah penculikan memerlukan kita memikirkan semula pendekatan Esszone dan Esscom dan sebab itulah kita mengumumkan cara bagaimana hendak menangani jenayah ini seperti penggunaan pelantar minyak dan pulau-pulau tertentu untuk pemantauan, mengerah kapal-kapal tertentu, meneliti semula undang-undang, serta mewartakan laluan-laluan khusus," katanya.

Kepada soalan Ahmad Fauzi mengenai kewajaran sistem penggiliran komander yang akan megetuai Esscom dan Esszone seperti diumumkan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar semalam, beliau berkata perkara itu masih belum dibawa kepada Majlis Keselamatan Negara yang dipengerusikan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

"Kami akan fikirkan dari segi tempoh dan cara penggiliran itu tetapi kita tunggu sampai ia dibentangkan ke Majlis Keselamatan untuk diputuskan bersama dan diumumkan secara sah," katanya.


Tags / Kata Kunci: Lahad Datu

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan