Malaysia Mula Dilanda Suhu Panas

Diterbitkan: Rabu, 11 Jun 2014 7:40 AM

Jurujual, Nazatul Akma menikmati aiskrim ketika cuaca panas di luar KLCC. -RAJA FAISAL HISHAN/The Star.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Fenomena suhu panas yang berlaku sejak kebelakangan ini merupakan gambaran awal mengenai keadaan cuaca yang akan dirasai untuk beberapa bulan akan datang.

Walaupun dijangkakan terdapat hujan dan ribut petir untuk tempoh tiga bulan akan datang, Jabatan Meteorologi berkata suhu purata boleh mencecah sehingga 36°C.

Pada Ahad dikatakan stesen meteorologi di Felda Belera, Terengganu, and Daro, Sarawak, merekodkan bacaan suhu sehingga 37°C.

Selain suhu panas dan cuaca kering, lebih banyak kebakaran hutan dijangka berlaku pada masa akan datang.

Jabatan itu berkata Malaysia kini memasuki musim monsun barat daya dan di negara ini akan mengalami suhu purata maksimum sehingga 33.1°C setiap hari sehingga September.

"Kami menjangka untuk melihat lebih banyak hari tanpa hujan," katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Walaupun dalam suhu panas, jabatan itu berkata masih terdapat hujan lebat dijangka akan berlaku di kawasan pedalaman di barat Semenanjung Malaysia dan di Sabah dan Sarawak.

Di bahagian tengah dan utara semenanjung dijangka mencatat purata suhu harian tertinggi antara 33°C dan 34°C dalam tempoh tiga bulan akan datang.

Mengenai keadaan jerubu tebal yang dijangka berlaku, jabatan itu berkata ia akan membahayakan kesihatan dan memberi kesan kepada sektor pertanian, penerbangan dan pelancongan.
Tags / Kata Kunci: Suhu Panas , Jabatan Meteorologi

iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Kolumnis

iklan

Iklan