Hasil Pelaburan KWSP Naik 58 Peratus Tahun Ini - PAC

Diterbitkan: Rabu, 11 Jun 2014 7:02 PM

Nur Jazlan bersalaman dengan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Wang Simpanan Pekerja, Datuk Shahril Ridza Ridzuan (kanan) selepas Mesyuarat PAC di Bangunan Parlimen di sini, Rabu.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kadar tabungan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) berada ditahap kukuh dengan pendapatan kasar hasil pelaburannya meningkat 58 peratus tahun ini.

Menyifatkan pengurusan KWSP itu bertaraf dunia, Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC), Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata, jumlah dana yang direkodkan membabitkan RM8.8 bilion tahun ini.

Beliau berkata, jumlah itu lebih tinggi jika dibandingkan dengan RM5.6 bilion yang dicatatkan pada suku pertama tahun lalu.

"Ini bermakna ada peningkatan 58 peratus kepada jumlah keseluruhan pelaburan KWSP di peringkat domestik dan luar negara," katanya di Bangunan Parlimen, pada Rabu.

Terdahulu, PAC diberi taklimat oleh pegawai KWSP dan Kementerian Kewangan berhubung pengurusan dana pelaburan organisasi itu.

Nur Jazlan berkata, pelaburan KWSP adalah dalam bentuk bon ekuiti, hartanah dan pertukaran asing.

"Keputusan hasil pelaburan KWSP adalah luar biasa dan ini menunjukkan pengurusannya kukuh dan ia mengurangkan rasa curiga pencarum bahawa ia berdepan masalah muflis," katanya.

Berkaitan pelaburan asing KWSP, Nur Jazlan berkata, aset yang dimiliki di luar negara mencecah RM6.4 bilion merangkumi negara seperti Britain bernilai RM4 bilion, Australia (RM1.5 bilion), Singapura (RM550 juta) dan Eropah (RM300 juta).

Beliau berkata, semua pelaburan yang dilaksanakan KWSP diluluskan Kementerian Kewangan dan semua pencarum terutama pesara tidak perlu bimbang dengan kedudukan kewangan KWSP.




Tags / Kata Kunci: KWSP , PAC , Parlimen

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan