Keputusan Rayuan Permohonan Ke IPTA Boleh Disemak Mulai Esok

Diterbitkan: Rabu, 11 Jun 2014 5:58 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Keputusan rayuan permohonan kemasukan ke Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan Politeknik Premier bagi program Pengajian Lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)/Setaraf boleh disemak mulai pukul 12 tengah hari Khamis. 

Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi Prof Datuk Dr Asma Ismail berkata, calon boleh membuat semakan keputusan di http://upu.moe.gov.my, https://jpt.utm.my, http://jpt.uum.edu.my, https://jpt.unimas.my dan http://jpt.ums.edu.my.

Beliau berkata mereka juga boleh menyemak keputusan rayuan ke IPTA dengan menghubungi Hotline 03-8870 6767, Helpline 03-8870 6777, talian am 03-8870 6755/6766 atau menerusi khidmat pesanan ringkas dengan menaip UPU RESULT [nombor kad pengenalan] dan hantar ke 15888.

"Pemohon boleh membuat semakan tawaran dan mencetak surat tawaran rasmi menerusi laman web rasmi IPTA berkaitan atau Jabatan Pengajian Politeknik mulai esok," katanya dalam kenyataan, di sini Rabu.

Beliau berkata sejumlah 39,107 calon telah mengemukakan rayuan untuk kemasukan ke program pengajian peringkat Asasi/Diploma di IPTA/Politeknik Premier bagi sesi Akademik 2014/2015.

Asma berkata Kementerian Pendidikan tidak pernah melantik mana-mana ejen atau wakil dalam pengurusan pemilihan kes rayuan ke IPTA.

Beliau berkata semua pengurusan pengambilan diselaraskan oleh Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar, Jabatan Pengajian Tinggi dengan mengguna pakai dasar, prosedur serta kriteria pemilihan yang ditetapkan kementerian.

"Keputusan rayuan adalah muktamad. Dasar kementerian tidak membenarkan sebarang pertukaran program pengajian di dalam IPTA/Politeknik Premier atau antara IPTA/POliteknik Premier," katanya.

Beliau berkata, sekiranya tiada sebarang tawaran diterima daripada IPTA/Politeknik Premier sehingga 30 Jun 2014, rayuan hendaklah dianggap gagal.
Tags / Kata Kunci: rayuan , IPTA , Prof Datuk Dr Asma Ismail

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan