Johari Enggan Tunduk Desakan Letak Jawatan

Diterbitkan: Rabu, 11 Jun 2014 3:23 PM

Johari Abdul.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Johari Abdul enggan tunduk kepada desakan segelintir pihak supaya meletak jawatan kerana didakwa gagal mengendalikan proses pemilihan parti secara telus dan adil.

Beliau berkata, sesiapa sahaja boleh melakukan desakan sebegitu dan beliau tiada kuasa untuk menghalangnya.

"Sesiapa pun boleh desak, biasalah tu... tapi terpulang kepada saya untuk buat keputusan. Kita tak boleh halang sesiapa," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat PKR di sini, Rabu.

Terbaharu, kira-kira 30 anggota Angkatan Muda Keadilan (AMK) bertindak berhimpun di hadapan ibu pejabat parti itu pada Selasa bagi mendesak JPP supaya segera mengumumkan keputusan pemilihan kali ini.

"Mereka mahu kami segerakan keputusan tapi kita tak boleh terburu-buru dalam mengambil tindakan. Ada beberapa proses yang perlu dilalui. Selepas diberi penjelasan baharulah mereka faham," katanya.

Johari berkata, pihaknya menyambut baik proses demonstrasi secara aman itu kerana ia dianggap sebagai proses demokrasi.

"Kita percaya kepada demonstrasi secara aman cuma jangan sampai tindakan itu mengganggu ketenteraman awam," katanya.

Sementara itu, Johari berkata, enam cabang akan mengadakan pemilihan semula pada Ahad ini selepas berlaku kekecohan sebelum ini.

Enam cabang itu adalah Klang, Sabak Bernam, Kapar, Shah Alam, Kota Raja dan Petaling Jaya Selatan.

"Bagi Shah Alam, pemilihan semula diadakan kerana hari pengundian ditutup lebih awal. Jadi bagi mana-mana anggota yang masih belum mengundi mereka boleh berbuat demikian pada Ahad ini," katanya.

Tags / Kata Kunci: Johari Abdul , letak jawatan , JPP

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan