Exco Agama P.Pinang Mohon Maaf Kepada Keluarga Cheng Cheng

Diterbitkan: Rabu, 11 Jun 2014 4:53 PM

Sebahagian daripada ahli keluarga Cheng Cheng.

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Exco Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang Datuk Abdul Malik Abul Kassim pada Rabu memohon maaf kepada keluarga Teoh Cheng Cheng atas insiden pada Isnin lepas melibatkan pegawai Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP).

Beliau berkata tindakan pegawai JHEAIPP dianggap kurang sensitif tentang adat resam, agama dan perasaan ibu si mati, Tan Mah Suan.

"Saya bagi pihak JHEAIPP dan selaku Exco Hal Ehwal Agama ingin memohon maaf kepada keluarga si mati (Cheng Cheng) atas insiden yang berlaku Isnin lepas," katanya kepada pemberita selepas mesyuarat Exco di sini Rabu.

Pada Isnin lepas, mayat Cheng Cheng telah dituntut JHEAIPP dengan kehadiran polis ketika upacara pengembumian mengikut agama Taoism kerana si mati didakwa sudah memeluk agama Islam.

Abdul Malik berkata beliau menghormati keputusan keluarga untuk merujuk isu berkenaan ke mahkamah untuk memutuskan status keIslaman si mati.

Sementara itu, Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng yang juga berasa kesal dengan tindakan JHEAIPP berkata kerajaan negeri bersedia menghulurkan bantuan sewajarnya kepada keluarga si mati.

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Kolumnis

iklan

Iklan