Kerap Berpindah Taktik Elak Bayar Nafkah – BSK

Diterbitkan: Rabu, 11 Jun 2014 12:00 AM

Prof Dr Mohd Naim Mokhtar. Foto izuman18.blogspot.com

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Lelaki yang mempunyai tanggungan selepas bercerai dikesan gemar berpindah-randah bagi mengelak dikesan pihak berkuasa selepas ingkar perintah mahkamah untuk membayar nafkah.

Pengarah Bahagian Sokongan Keluarga (BSK), Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM), Prof Dr Mohd Naim Mokhtar berkata, taktik itu dikesan ketika pihaknya meneliti sistem pangkalan data maklumat bersepadu daripada agensi kerajaan terhadap lelaki yang diperintah oleh mahkamah untuk memberi nafkah kepada tanggungan selepas bercerai.

"Mengikut trend terkini, kebanyakan mereka sengaja berpindah-randah untuk melarikan diri daripada dikesan pihak berkuasa selepas ingkar arahan mahkamah.

"Sejak 2013, BSK bekerjasama dengan agensi kerajaan seperti Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), Jabatan Pendaftaran Negara dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

"Menerusi pangkalan data agensi terbabit, maklumat peribadi seperti majikan dan alamat terkini bekas suami yang ingkar itu akan diperoleh dan memudahkan urusan menghantar notis mahkamah meminta mereka membayar tunggakan nafkah yang  diperintahkan," katanya kepada mStar Online.

Sebelum ini, portal berita ini melaporkan tindakan bekas suami yang memberi alasan tidak munasabah bagi mengelak membayar nafkah, antaranya kerana gagal berjumpa anak dan mengakui diri muflis, selain menipu tidak mempunyai wang sedangkan memiliki harta termasuk kereta dan rumah mewah.

Mengikut statistik JKSM, Selangor mencatatkan jumlah kes tuntutan nafkah tertunggak tertinggi iaitu 500 sejak 2008 dan 207 kes untuk tahun lalu sahaja, manakala Sabah (186) dan Wilayah Persekutuan serta Johor yang masing-masing mencatatkan 171 dan 142 kes untuk tempoh lima tahun.

Mohd Naim berkata, sejak 2010 kerajaan memperuntukkan dana sebanyak RM15 juta kepada BSK untuk membantu bekas isteri yang tidak mempunyai sumber pendapatan.

"Kita memang ada menyediakan bantuan kewangan kepada bekas isteri dengan memberi bayaran pendahuluan nafkah selama enam bulan.

"Bagaimanapun, ada syarat yang ditetapkan dan ia akan diberikan kepada pemohon yang layak sahaja," katanya.

Justeru, beliau meminta bekas isteri yang mempunyai masalah dalam soal pembayaran nafkah untuk mendapatkan khidmat nasihat dan bimbingan BSK.

Mengikut prosedur, katanya, pihaknya akan memberi nasihat supaya bekas suami dapat menyelesaikan tunggakan nafkah secara baik.

"Sekiranya bekas suami gagal membayar, BSK boleh arahkan majikannya membuat potongan gaji untuk membayar nafkah berkenaan.

"Jika masih ingkar, tindakan lebih tegas dikenakan yang boleh membawa hukuman penjara atau melelong harta untuk menyelesaikan tuntutan nafkah," katanya. 

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan